Kafe Borneo Rainforest menganjurkan temasya sambutan Hari Gawai bermula hujung bulan ini dan mempelawa orang ramai bersama-sama mengambil bahagian pada 28 Mei ini. Kafe Borneo Rainforest yang terletak di OB-K5, Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Petaling Jaya menjanjikan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjungnya di Semenanjung Malaysia.
Bermula pada pukul 5 petang hingga 11 malam, sambutan Hari Gawai di Kafe Borneo Rainforest itu dijangka akan turut memuatkan gerai-gerai yang menjual laksa Sarawak, mi kolok, umai, tuak dan banyak lagi.
Selain itu, Kafe Borneo Rainforest turut menganjurkan aktiviti kebudayaan seperti menyumpit, pertunjukkan ular, tarian poi, tarian kebudayaan dan ekobazar yang menjanjikan pelbagai barangan aksesori dan hiasan yang dibuat khas daripada bahan mesra alam dan organik. Ekobazar tentu sekali satu tawaran yang hebat kepada mereka yang suka membeli-belah.
Perayaan yang disambut setiap 1 Jun itu adalah salah satu perayaan kaum Dayak sebagai berterima kasih kepada semangat makanan, minuman dan alam. Ia disambut oleh masyarakat Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi.
Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak (arak beras) dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964 lagi.
0 comments:
Catat Ulasan