Keadaan berjerebu yang dialami Malaysia pada masa ini terutamanya di Lembah Klang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor adalah disebabkan oleh pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan berkata, imej satelit NOAA-18 pada 11 Mei lalu juga menunjukkan angin bertiup dari arah barat daya iaitu dari kawasan-kawasan titik panas di wilayah Riau, wilayah Sumatera
“Orang ramai terus dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka. Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727,” kata kenyataan itu.
1 comments:
kesian kita kan?
Catat Ulasan