31 Mac 2011

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal




Tajuk : Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal
Produksi : Tall Order Production, Institut Terjemahan Negara, KPKK
Kategori : Teater
Tempat : Panggung Sari,Istana Budaya
Tarikh : 16 Mac – 3 April 2011
Masa : 3.00 petang & 8.30 malam
Pelakon: Awie, Atilia, Jalil Hamid, Douglas Lim, Omar Abdullah, Sandra Sodhy, Pushpa Narayan.
Sinopsis Teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal
Teater muzikal ini mengisahkan kehidupan Lat yang bermula sejak zaman kanak-kanak ketika beliau membesar di sebuah kampung di Perak, sehinggalah beliau menjadi kartunis yang dikagumi di seluruh Negara dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Mohd Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat, dilahirkan di sebuah kampung kecil di Kota Baru pada tahun 1951. Sejak awal usianya, beliau telah menunjukkan minat yang mendalam dan berbakat besar dalam melukis. Mujur ayahnya, seorang kakitangan kerajaan berjawatan kerani, memberikan dorongan penuh kepada kesungguhan dan minat anaknya.
Berhijrah ke kota Ipoh untuk mencari peluang lebih baik, Lat secara automatik menjadi budak ‘kota’ yang menemukannya dengan Mrs. Hew, guru yang banyak menekankan betapa pentingnya pengetahuan dan pembelajaran. Lat turut mengenali Frankie, seorang budak Cina yang berkongsi minat sama dengannya, iaitu muzik.
Semasa dewasa, Lat berpindah ke ibu kota Kuala Lumpur (KL) di mana beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan jenayah di New Straits Times, Balai Berita – di bawah bimbingan Pengarang Kanan, Pak Samad. Di KL, Lat juga bertemu dan jatuh cinta dengan Faezah. Tatkala hampir mengalah berhadapan dengan kehidupan mencabar di KL dan ingin kembali ke Ipoh, ketika itulah karya kartunnya, ‘Sunat’ diterbitkan dalam Asia Magazine.
Di sinilah bermulanya titik penting kepada perubahan dalam hidupnya. “Scenes of a Malaysian Life” dan “The Kampung Boy” karya Lat pula menyusul kemudiannya. Kehidupan Lat mula berubah, karya kartunnya juga menjadi kegemaran rakyat Malaysia di mana-mana sahaja. Impiannya untuk menjadi kartunis profesional sepenuh masa akhirnya menjadi realiti.
Namun kemasyhurannya itu perlu dibayar dengan nilai tersendiri. Lat terperangkap dalam arus perhatian umum. Umpama orang di sekeliling menyelidiki setiap sudut dirinya. Syarikat besar mula menghubunginya. Lawatan dan tugasan mula “menghimpit” waktunya. Beliau mula berjuang berhadapan tuntutan menjadi ikon Negara.
Apakah yang beliau lakukan untuk menghadapi semua ini? Adakah Lat berjaya menangani tuntutan yang dihadapinya? Saksikan LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal untuk mengetahui kesudahannya!
Tiket : RM32, RM56, RM80, RM96, RM128, RM160, RM184, RM240
Tempahan / Pembelian Online : www.ticket2u.biz
Hotline : 03-41498600
Tempahan / Maklumat Lanjut :                                               
Box Office,
Istana Budaya,
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur.
Tel : 03-40265558
sumber: http://www.istanabudaya.gov.my/muzikal_kampung_boy

... Dalam Botol , RM1 Juta Dalam 5 Hari Tayangan




... Dalam Botol yang menceritakan kehidupan pasangan gay berjaya mencatatkan kutipan RM1 juta selepas lima hari ditayangkan walaupun telah menerima kecaman dan kritikan hebat daripada pelbagai pihak sebelum ini.
Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 24 Mac lalu di 41 buah pawagam seluruh negara.
Kutipan tersebut merupakan satu jumlah di luar jangkaan memandangkan filem-filem yang diterbitkan oleh Raja Azmi sebelum ini tidak pernah meraih kutipan sebanyak itu dalam tempoh lima hari.
Kos produksi untuk menerbitkan ...Dalam Botol adalah RM888,000 tidak termasuk promosi.
 
Filem ...Dalam Botol arahan Khir Rahman merupakan sebuah filem yang bersandarkan kepada konflik percintaan pasangan sejenis lelaki dan disifatkan sebagai satu percubaan berani Raja Azmi dalam membuka dimensi baharu filem Melayu dengan memaparkan isu realiti menerusi layar perak.
Raja Azmi pernah menyatakan sekiranya filem berkenaan tidak mengaut keuntungan yang disasarkan, dia nekad akan berhenti daripada membikin filem pada masa akan datang.
Bagaimanapun dengan kutipan tersebut, Raja Azmi akan membatalkan hasrat itu dan seterusnya bercadang menghasilkan filem Anak Ikan iaitu sebuah karya mengisahkan kehidupan lelaki “jambu” yang menjadi rebutan ramai.


30 Mac 2011

Les' Copaque ( Upin & Ipin) Bangun Taman Tema Di Perak

Ikon... Upin & Ipin

SYARIKAT animasi tempatan, Les’ Copaque Production
 Sdn Bhd (Les’ Copaque) yang terkenal menerusi siri
 kartun Upin & Ipin bercadang membangunkan taman tema berkonsepkan siri animasi itu membabitkan kos kira-kira
 RM200 juta di Perak.
Pengarah Urusannya, Burhanuddin Md Radzi berkata,
 ketika ini pihaknya sedang berbincang dengan KPerak 
Implementation and Coordination Corporation (KPerak)
 mengenai lokasi sesuai untuk pembinaan taman tema
 yang mampu menjadi mercu tanda baru negeri Perak,
 sekali gus melonjakkan bidang pelancongan di negeri itu.
Beliau berkata, pihaknya kini masih dalam perbincangan 
bagi memastikan lokasi yang dipilih kelak mampu
 menjana industri pelancongan di negeri berkenaan.

Datuk Siti Nurhaliza Mengandung... Benarkah?


Ini antara gambar-gambar yang menyebabkan ramai orang mengatakan Datuk Siti Nurhaliza mengandung...





Benarkah Datuk Siti mengandung? Kalau dilihat pada gambar di atas memang kelihatan ada kebenarannya. Tapi hal ini disangkal sendiri oleh Datuk Siti di laman twitternya...


Kalau tuan empunya badan telah menafikan apa nak dikatakan lagi. Takkan benda yang baik ni dia nak menafikan pulak. Kita sebagai peminat hanya dapat berdoa agar Datuk Siti dimurahkan rezeki semoga  mendapat anak secepat mungkin... Amin.


Tarian Poco Poco Diharam Di Perak

Gambar hiasan

Tarian poco poco yang popular sebagai aktiviti riadah di kalangan orang ramai termasuklah golongan suri rumah sebagai aktiviti lapang serta sebagai senaman telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.
Ianya diharamkan kerana mempunyai unsur  kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Kajian mendapati tarian ini sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi umat Islam mengamalkannya dan diharap negeri-negeri lain atau negara kita mengharamkan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kepercayaan agama lain.

28 Mac 2011

Akademi Fantasia Musim Ke 9 - 12 Peserta Telah Dipilih



Para peserta dan tenaga pengajar

 AKADEMI FANTASIA MUSIM KE 9 @ AF9 telah diumumkan.  12 peserta untuk Akademi Fantasia musim ke 9 ini adalah terdiri daripada AZRI, LENA, AMER, RAQIB, KAY, AFIF, NERA, ERUL, EKA, AIDA, LAIKA, MIZA. Antara tenaga pengajar yang diumumkan setakat ini adalah terdiri daripada vokal teknikal Syafie & persembahan Ning Dalton, drama Adlin, bahasa Inggeris Fatimah Abu Bakar dan tarian Aris. Pengacara konsert AF9 nanti adalah Azni Hj Nawawi. Pengetuanya akan diumumkan pada Konsert Tirai AF9 nanti.

27 Mac 2011

Juara Akademi Al Quran Musim Ke 5


Mohd Shahrianshah Apin, 25, muncul juara pertandingan akhir program realiti terbitan TV9, Akademi al-Quran (AQ) musim kelima yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Sabtu.
Kemenangan itu membolehkan beliau memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, Al-Quran bertinta emas berharga RM35,000 sumbangan Yayasan Restu, pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, pakej haji oleh Gemilang Travel Sdn Bhd, pakej umrah oleh Al-Fajr Travel & Tours Sdn Bhd dan lawatan VIP ke Syria oleh Hiraq Marketing.
Selain itu, Syahrianshah turut menerima Songket oleh Wan Manang, barangan perabut jati bernilai RM20,000 dari Jatimas dan trofi tajaan TH Global.
Sementara itu, tiga peserta lain, Mohamad Husaini Makmur, 19, Muhamad Nasir Mohamad Salleh, 21, dan Suhailah Zulkifly, 22, masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM2,000, pengajian ke University Al-Madinah dan pakej haji sumbangan Gemilang Travel Sdn Bhd.
Ketiga-tiga peserta tersebut turut menerima hadiah pakej umrah sumbangan Al-Fajr Travel & Tours Sdn Bhd, songket daripada Wan Manang dan trofi tajaan TH Global. ~mstar

26 Mac 2011

Elizabeth Taylor Dikebumikan...



Elizabeth Taylor
Bunga-bunga diletakkan di  Hollywood walk of fame untuk Elizabeth Taylor
Elizabeth Taylor telah dikebumikan di Forest Lawn Memorial Park di Los Angeles yang menjadi tempat pengkebumian bintang-bintang filem dan artis-artis terkenal termasuklah kawan baiknya Michael Jackson.


Gempa Bumi Di Jepun - Lebuhraya Dibaiki Dalam Masa 6 Hari Sahaja!!

Jalanraya rosak teruk selepas gempa bumi

Jalanraya yang telah siap dibaiki

Gambar sebuah jalan raya Jepun yang terbelah da rosak teruk ini kerana kekuatan gegaran gempa bumi pada 11 Mac lalu.
 Apa yang mengagumkan dunia ialah bagaimana kemampuan negara Jepun itu berjaya membina semula jalan raya itu dengan pantas, sekaligus menunjukkan kemampuan bangsa itu untuk kembali berdiri walaupun diselubungi pelbagai dugaan dan cabaran.
Kerja-kerja pembinaan semula Great Kanto Highway di Naka itu bermula pada 17 Mac dan siap sepenuhnya enam hari kemudian seperti asal. Itu kemudiannya dibuka untuk lalu lintas malam semalam.








'Earth Hour' - Bangunan Mercu Tanda Negara Bergelap



 Beberapa bangunan yang menjadi mercu tanda, termasuk bangunan pencakar langit, universiti dan pusat beli-belah di Kuala Lumpur akan bergelap selama sejam pada 26/03/2011 sempena kempen Earth Hour 2011.
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC,  Tenaga Nasional Berhad (TNB), Universiti Putra Malaysia (UPM), Planetarium Negara dan Sunway Pyramid berikrar menyokong kempen itu.
Bagi tujuan itu, mereka akan memadam lampu dari pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam sebagai simbol keprihatinan masing-masing terhadap isu pemanasan global dan perubahan iklim.

Gempa Bumi Di Myanmar - Angka Korban Meningkat



Jalanraya yang rosak teruk



 Angka kematian Gempa bumi kuat yang merobohkan kediaman di timur laut Myanmar meningkat lebih 60 orang dan dibimbangi jumlah itu akan meningkat memandangkan keadaan di kawasan pedalaman tidak diketahui. 

Kejadian gempa bumi malam semalam, berukuran 6.8 magnitud berlaku di utara bandar Tachileik iaitu kawasan pergunungan di sepanjang sempadan Thailand tetapi gegaran dapat dirasai beratus-ratus kilometer di Bangkok, Thailand dan Hanoi, Vietnam.

Radio kebangsaan Myanmar mengumumkan hari ini bahawa 65 orang terkorban dan 111 mengalami kecederaan akibat gempa itu tetapi angka berkenaan dikemas kini setiap masa.

Katanya, 244 rumah, 14 biara Buddha dan sembilan bangunan kerajaan mengalami kerosakan.


       Seorang sami buddha memeriksa kerosakan Chedi Luang Pagoda 

25 Mac 2011

Isu Novel Interlok Selesai




 Isu novel Interlok sudah selesai apabila kerajaan bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok (Panel Bebas) yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada 19 perkara itu, tiga daripadanya adalah berkaitan dengan penggunaan perkataan kasta yang telah dianggap selesai kerana penulis bersetuju untuk menggugurkan perkataan itu (Paria) dalam novelnya dan digantikan dengan perkataan 'golongan yang sama'.
Menurutnya, tiga perkara lagi iaitu berkaitan dengan fakta lembu sebagai binatang suci orang Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan juga telah selesai.
Katanya, daripada 13 lagi perkara yang berbaki, tujuh perkara turut diselesaikan apabila Panel Bebas mencapai kata sepakat untuk memasukkan 'errata' di dalam novel itu bagi membuat pembetulan dan pengguguran.
Jelasnya, enam perkara lain juga selesai kerana penulis turut bersetuju untuk meminda perkataan 'tuhan' kepada 'dewa' dan menggugurkan frasa 'orang berkulit hitam'.
Isu ini telah dapat diselesaikan dengan baik.

Gempa Bumi Di Myanmar

Gambar Hiasan

Tengah malam tadi, kita dikejutkan  apabila Myanmar dikhabarkan telah dilanda gempa bumi di Myanmar.
 Sekurang-kurangnya 25 maut dan berpuluh lagi dilaporkan cedera akibat runtuhan bangunan selepas berlaku gempa bumi kuat berhampiran sempadan Myanmar-Thai, semalam.
Gegaran gempa berukuran 6.8 magnitud itu turut dirasai sejauh ke Bangkok yang terletak kira-kira 800 kilometer dari pusat gegaran, dan sehingga sebahagian Hanoi, di Vietnam, dan China. 
Pegawai Myanmar berkata, pihaknya yakin bencana itu mengakibatkan lebih banyak nyawa terkorban terutama di Bandar Tarlay, yang paling berdekatan dengan pusat gempa.  
Mangsa yang disahkan mati setakat ini ialah 10 lelaki, seorang budak lelaki dan 13 wanita. 

M. Nasir Dan Ramli MS Kini Bergelar 'Datuk'



Semalan dua selebriti negara M. Nasir dan Ramli MS menerima pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dari Sultan Pahang yang membawa gelaran 'Datuk' sempena Hari Ulangtahun Keputeraan ke 80 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. 
Tahniah pada mereka berdua dan mereka layak untuk mendapat anugerah tersebut di atas sumbangan mereka yang sangat besar dalam industri muzik tanah air.

24 Mac 2011

Elizabeth Taylor Meninggal Dunia


Bintang legenda Hollywood, Elizabeth Taylor meninggal dunia pada 23 March 2011 (Rabu) pada usia 79 tahun.
Elizabeth meninggal di Hospital Cedars-Sinai di Los Angeles dengan di kelilingi empat anaknya selepas dirawat enam minggu lalu ekoran kegagalan jantung untuk berfungsi, lapor kenyataan jurucakapnya, Sally Morrison.
Dalam karier selama tujuh dekad, Elizabeth dicalonkan sebanyak lima anugerah Oscar dan memenangi gelaran itu dua kali.

Dalam kehidupan sebenar, dia cuba mengatasi masalah berat badan serta ketagihan dadah. Dia juga berkahwin lapan kali, termasuk dua kali dengan pelakon Richard Burton.


   
BornElizabeth Rosemond Taylor
February 27, 1932
London, England
DiedMarch 23, 2011 (aged 79)
Los Angeles, California, U.S.
NationalityEnglish-American
Other namesLiz Taylor
OccupationActress
Years active1942–2011
SpouseConrad Hilton, Jr. (1950–1951)
Michael Wilding (1952–1957)
Mike Todd (1957–1958)
Eddie Fisher (1959–1964)
Richard Burton (1964–1974, 1975–1976)
John Warner (1976–1982)
Larry Fortensky (1991–1996)
ParentsFrancis Lenn Taylor (deceased)
Sara Sothern (deceased)

Datuk T (Trio) Dalam Kes Video Sex Anwar Ibrahim


AHLI perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah (kiri) bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik mengadakan sidang akhbar mendedahkan identiti 'Datuk T' berhubung video seks membabitkan pemimpin pembangkang di Impiana Hotel KLCC, Kuala Lumpur, petang tadi. Rahim mengakui beliau bersama Shazryl Eskay dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim adalah 'Datuk T' yang membawa maksud 'trio' bagi merujuk mereka bertiga

23 Mac 2011

Pengasas Jimmy Choo Ingin Miliki Semula Jenamanya

Datuk Jimmy Choo
PETALING JAYA: Pereka kasut terkenal dunia dari Malaysia, Datuk Jimmy Choo berkata, beliau berasa terharu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan sokongan untuk beliau (Jimmy) mengambil alih semula syarikat yang diasaskannya 15 tahun lalu.
"Saya hampir menitiskan air mata apabila perdana menteri memberitahu bahawa usaha saya untuk membeli kembali syarikat yang saya asaskan dahulu adalah satu langkah yang betul dan akan disokong oleh seluruh rakyat Malaysia," ujarnya dalam temuramah dengan stesen televisyen NTV7 pada Selasa.
Jimmy Choo yang kasut rekaannya dipakai dari keluarga diraja dunia seperti mendiang Puteri Diana sehinggalah kepada selebriti hollywood kini telah melantik sebuah firma broker London - Daniel Stewart - untuk membantunya membeli semula syarikat yang diasaskannya dahulu.
Adalah difahamkan nilai semasa syarikat itu kini ialah sekitar £500 juta (RM2.4 bilion).
Pemilik syarikat itu sekarang, TowerBrook Capital Partners, baru-baru ini telah mengumumkan hasrat mereka untuk menjual syarikat yang memegang semua jenama fesyen Jimmy Choo. Mereka telah melantik bank pelaburan, Goldman Sachs Group Inc dan Morgan Stanley untuk mencari pembeli yang berpotensi.
Pada tahun 2001, pereka kasut kelahiran Malaysia itu telah menjual 50% pegangannya kepada rakan niaganya sendiri iaitu Tamara Mellon yang juga merupakan editor majalah aksesori Vogue. Syarikat itu kini menjual jenama kasut Jimmy Choo di seluruh dunia.
Selepas melupuskan kepentingannya dalam syarikat tersebut, Jimmy Choo hanya menghasilkan kasut rekaan khasnya itu dari kedainya yang terletak di Connaught Street, London.
Dalam program NTV7 itu, Jimmy Choo telah menjelaskan sebab-sebab mengapa beliau mahu menguasai kembali syarikat yang pernah diasaskannya suatu ketika dahulu.
"Hasrat saya ialah untuk melahirkan generasi baru pereka dan pencipta kasut Jimmy Choo dan satu-satunya cara untuk saya menunaikan hasrat tersebut ialah dengan menguasai semula syarikat yang saya asaskan itu.
"Yang keduanya ialah, saya ingin menjadikan negara saya sendiri sebagai pusat untuk mengembangkan jenama Jimmy Choo dan saya hanya boleh berbuat demikian dengan menguasai syarikat ini kembali. Tanpanya saya tidak berupaya berbuat demikian," tegasnya.
Bagaimanapun Jimmy Choo berkata, dia berasa sebak dan hampir menitiskan air mata apabila mendengar perdana menteri sendiri memberi sokongan ke atas usaha terbarunya itu.
"Saya faham beliau seorang yang tersangat sibuk dan jadualnya sangat ketat tetapi hakikat bahawa beliau sudi menerima kunjungan saya dan meluangkan waktu untuk bertemu dan bercakap dengan saya semalam (Isnin) sangat-sangat menyentuh jiwa dan perasaan saya.
"Saya hampir menitiskan air mata mendengar segala kata-kata semangat daripada perdana menteri saya sendiri...," ujarnya.
Jenama Jimmy Choo kini dilihat sebagai produk berjenama mewah popular dunia setanding dengan nama-nama mewah yang lain dalam dunia fesyen.

22 Mac 2011

Lambakan Rumah Urut - Salah Siapa?





         Hanya dalam masa tiga hari tinjauan di sekitar Lembah Klang, Mingguan Malaysia memperoleh angka yang mengejutkan - lebih 1,500 rumah urut kebanyakannya tidak berlesen dikesan.
Lebih memeranjatkan, ada antara lokasi di kawasan tertentu mempunyai 15 hingga 20 rumah urut! Begitu sekali rancaknya bisnes rumah urut di negara ini.
Bertopengkan pusat refleksologi dan spa, jumlah rumah urut di negara ini ternyata semakin meningkat tanpa keperluan yang munasabah.
Walaupun serbuan demi serbuan dilakukan pihak berkuasa dalam menangani kegiatannya, usaha tersebut seolah-olah tidak berkesan dan tiada penghujung.
Inilah realiti yang ditemui dalam tinjauan di beberapa kawasan termasuk Puchong, Kuchai Lama, Subang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam dan Damansara bagi membongkar kisah di sebalik rumah urut.
Paling mengejutkan ialah kebanyakan tukang urut bukan terdiri daripada penduduk tempatan tetapi warga asing terutama dari China, Indonesia, Filipina dan Thailand. Rata-ratanya pula apabila diajak berbual, tidak mampu bertutur dalam bahasa Malaysia.
Statistik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan, hanya empat lesen rumah urut dikeluarkan setakat ini. Bagi pusat rawatan kaki atau pusat refleksologi pula, sebanyak 279 lesen dikeluarkan manakala 41 lesen lagi diberikan untuk pusat-pusat spa.
Menurut jurucakap DBKL, setiap lesen dikeluarkan adalah mengikut bidang tugas dan perkhidmatan yang telah ditetapkan.
"Pusat refleksologi tidak boleh memberikan perkhidmatan urutan badan kerana lesen untuk memberi khidmat urutan badan hanya kepada pemilik lesen rumah urut," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Namun, pengalaman yang dilalui mendapati, rata-rata pusat refleksologi memberikan perkhidmatan urutan badan yang jelas bercanggah dengan syarat pengeluaran lesen.
Menurut jurucakap DBKL itu lagi, pihaknya kerap melakukan pemantauan terhadap rumah urut dan refleksologi bagi membendung penyalahgunaan lesen.
Tambahnya, jika terdapat pihak yang melanggar arahan, lesen akan ditarik dan tidak dibenarkan disambung pada tahun berikutnya.
Bagaimanapun, DBKL tidak dapat memberikan jumlah lesen yang telah ditarik balik dengan alasan tidak mempunyai data yang tepat.

-Utusan Online

21 Mac 2011

Tsunami Kecil di BNO - Sabak Bernam

Pejabat Kelong Bagan Nakhoda Omar yang dinaiki air

Kawasan parkir kereta yang dulunya kedudukan tinggi dari pantai kini sama paras degan air laut

Air laut memenuhi kawasan riadah sama rata dengan air laut saujana mata memandang

Hari ahad lalu, 20/3/2011 hujan lebat telah melanda di BNO ( Bagan Nakhoda Omar) di Sabak Bernam. Di sini ramai penduduk sekitar datang lepak-lepak dan makan terutama hujung minggu. Di sini juga terletaknya jeti untuk ke Kelong memancing Bagan Nakhoda Omar yang terkenal  bagi kaki pancing.
Oleh kerana hujan yang lebat dan air lautnya pasang besar yang melampau ( mungkin kesan kedudukan bulan paling hampir dengan bumi yang dikecohkan pada hari Sabtu 19/3/2011) telah menyebabkan air laut melimpah sehingga ke darat dan mengakibat restoran, pejabat Kelong BNO dan kawasan parkir dibanjiri air.
Kejadian ini tak pernah berlaku lantas orang sekitar dan yang datang ke sini memanggilnya Tsunami Kecil...

P/S: Thanks Cik Ayu bagi gambar-gambar ini yg diambil dari FBnya

20 Mac 2011

Pantai Morib - Sampah Yang Tak terurus



SAMPAH-SARAP yang bertaburan di pantai Morib 

      Siapa yang tidak sakit hati melihat kawasan yang sepatutnya 
selesa untuk dijadikan kawasan beriadah dan berekreasi bersama
keluarga dicemari sampah-sarap?
       Namun, itulah yang berlaku di Pantai Morib di sini apabila
sampah-sarap dilihat bertaburan di sekitar rumah sampah yang 
terletak berhampiran dengan kawasan pantai.

       Rumah sampah itu sepatutnya menjadikan sampah dapat
 dikumpulkan dengan sempurna sebelum diangkut untuk 
dilupuskan tetapi apa yang  berlaku adalah sebaliknya.
       Apa yang lebih menyakitkan hati ialah apabila bau busuk
 dapat dihidu  di kawasan sekitar sehingga mengganggu
 pengunjung yang datang ke pantai peranginan tersebut.
      Persoalannya ialah mengapa pihak berkuasa tempatan (PBT)
tidak peka dengan masalah itu dan membiarkan sahaja pantai 
yang baru dinaik taraf  dengan kos kira-kira RM6 juta itu dicemari 
dengan sampah-sarap. Keadaan itu yang pastinya memberi 
pandangan negatif kepada pengunjung luar. Apa yang lebih 
memalukan apabila keadaan kotor dan bersepah itu dapat
dilihat pada hari cuti umum iaitu hari jumlah pengunjung
ke pantai itu bertambah.      
         Pantai Morib kini adalah antara tempat rekreasi yang paling
popular selepas  dinaik taraf baru-baru ini tetapi sayangnya,
kawasan persekitaran pantai  ini sangat kotor dan busuk.
Sampah di situ sepatutnya dikutip setiap hari dan kawasan 
sekitarnya dibersihkan kerana kawasan itu adalah kawasan 
tumpuan orang ramai.
         Ia menggambarkan yang PBT tidak melakukan kerja yang
telah diamanahkan dan tidak menyelenggara sampah-sarap 
di situ dengan baik.


18 Mac 2011

Syarat Baru Bank Negara Untuk Miliki Kad Kredit



 Bank Negara Malaysia memperkenalkan syarat kelayakan baru untuk mendapatkan kad kredit berkuatkuasa serta merta pada hari ini, 18/3/2011.
Antara syarat-syarat baru adalah, setiap pemegang kad perlu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM24,000 setahun.
Pemegang kad hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar dua kad sahaja.
Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar.

16 Mac 2011

Port Dickson - Pantai Peranginan Atau Pantai Pencemaran

Minggu lalu aku membawa keluarga bercuti di Port Dickson. Aku memilih Port Dickson kerana tak jauh dari tempat aku dalam sejam perjalanan dan aku lak malas hendak  memandu jauh-jauh.
Aku menginap di sebuah hotel yang agak gah juga namanya terletak di pantai Tg. Gemuk yang tak jauh dari pantai Teluk Kemang.
Hotelnya cantik, kolam renangnya juga cantik dan luas tapi... pantainya amat mengecewakan. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata cuma lihat sajelah gambar-gambar ini..

Selut lumpur hitam yang bercampur minyak

Inilah kesan pembagunan. Hotel tak cukup di darat dibuat pula di dalam laut.. rakusnya manusia mencari kekayaan

Hendak jejak ke pantainya pun tak sanggup apatah lagi hendak mandi

Apa akan jadi pada pantai ini lagi 10 hingga 20 tahun akan datang. Adakah ia masih lagi dikunjungi orang atau hanya tinggal nama sebagai 'bekas' pantai peranginan yang popular suatu ketika dulu.

Sedih... sedih... sedih...