30 September 2010

Bidadari Syurga

Bidadari Syurga.... Apabila seseorang lelaki yang masuk syurga akan diberi seorang bidadari. 
Itulah yang telah kita ketahui dan itulah yang ternyata dalam Al Quran dan Hadith.
Tapi yang selalu dipersoalkan, terutama kaum wanita ialah apabila masuk syurga lelaki dapat bidadari dan wanita dapat apa pula?
Bidadara? Ada ke bidadara?
Persoalan yang perlu dijawab. Sila beri jawapan anda atau pendapat anda.

28 September 2010

Datuk Ac Mizal

Tahniah! AC Mizal telah dianugerahkan gelaran 'Datuk'oleh kerajaan Negeri Pahang walaupun belum menerimanya secara rasmi. 
Bekas anggota kumpulan 4U2C itu yang kini berumur 39 tahun yang dulu menjadi duta Gelang Bio Magnetik E-Dymium tetapi kini telah membina empayar perniagaannya sendiri, AC Konsortium Sdn. Bhd.
 Masih lagi menjadi artis Eksklusif Astro walaupun kini berada di kemuncak kejayaan dan telah bertaraf jutawan dan memiliki kereta mewah Bentley dan Porsche. 
Rasa bangga juga kerana bertambah seorang lagi jutawan orang Melayu di Malaysia.

18 September 2010

Wajah Ceria Di Aidilfitri

Masa raya ni, kanak-kanak le yang paling happy. Mana taknya dapat pakaian baru, dapat duit raya dan paling best dapat main bunga api. Kita yang dewasa ni seronok tengok gelagat dia orang tapi ada juga yang tumpang sekaki. Mak bapak ada yang sanggup perhabis duit tuk beli bunga api untuk anak walaupun dikatakan membazir dan membakar duit dengan alasan setahun sekali.





Walau apa pun, kita rasa seronok dan gembira apabila melihat wajah-wajah mereka yang gembira di hari lebaran ini.

17 September 2010

Lemang dan rendang




Raya kat kampung tak lengkap kalau tak ada lemang dan rendangnya sekali.
Jenguh juga masak lemang ni, naik kematu buntut menunggunya. Pedih mata dok kena asap sampai keluar air mata aku. Masak lemang ni, apinya kena jaga kalau tak nanti lemang berkerak. Dulu arwah datok dan nenek aku yang buat tapi kini mereka dah tak ada jadi kita orang kena buat sendiri. Baru tahu susahnya ! Tapi berbaloi... sodap dimakan dengan rendang, perhh!!