04 Mei 2011

Osama Bin Laden Berjaya Dibunuh?


 Osama bin Laden dikatakan berjaya dibunuh dalam satu operasi komando Amerika Syarikat (AS) kelmarin menimbulkan pelbagai teori konspirasi oleh masyarakat dunia. 


Pembunuhan Osama itu yang disaksikan sendiri oleh Presiden AS, Barack Obama secara langsung menerusi kamera video yang dipasang pada topi seorang anggota komando daripada pasukan komando tentera laut Seal. Komando itu menembak mati Osama di dalam bilik tidur sebuah rumah yang menjadi tempat perlindungan pemimpin pengganas itu di  kaca televisyen dari White House di Washington dikatakan sebagai pembohongan semata-mata.
Tiada kematian dilaporkan walaupun berlaku insiden helikopter tentera AS ditembak jatuh dan terhempas dalam operasi tersebut turut menimbulkan persoalan sama ada Osama berada dalam helikopter itu atau tidak.
Teori konspirasi menjadi semakin berleluasa di Pakistan dan di seluruh dunia berikutan kegagalan AS menunjukkan bukti mayat Osama. Jenazah Osama dikatakan dikebumikan  di utara Laut Arab selepas jenazahnya diikat sebelum disimpan di dalam sebuah beg dan diterbangkan menerusi helikopter ke kapal pengangkut pesawat AS, USS Carl Vinson.
Tiada pengesahan rasmi samada dari segi pengecaman wajah, gambar mayat mahupun pengesahan ujian DNA. Gambar mayat Osama yang mati ditembak juga telah dibuktikan palsu .Yang menjadi persoalan juga kenapa AS beriya-iya mahu melupuskan mayat Osama secepat mungkin. Apakah agendanya? Apakah benar Osama bin Laden berjaya dibunuh....

0 comments:

Catat Ulasan