Kutipan di Plaza Tol Arah Cheras dan Petaling Jaya, Lebuh Raya Hubungan Timur Barat (Metramac) dimansuhkan mulai malam tadi. Keputusan ini dapat meringankan beban kira-kira 100,000 pengguna terutama penduduk berhampiran.
Pengumuman pemansuhan kutipan tol itu dilakukan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor di Plaza Tol Arah Petaling Jaya kira-kira pukul 8.30 malam.
Ia merupakan pemansuhan kutipan yang kesembilan dilaksanakan oleh kerajaan selepas Plaza Tol Teluk Kapas, Lebuh Raya Pintas Selat Kelang Utara (NKSB-Shahpadu) pada 21 Disember 2009.
Pemansuhan itu dilaksanakan tujuh tahun lebih awal daripada tempoh konsesi lebuh raya itu yang sepatutnya tamat pada 31 Mei 2018.
Diharap kerajaan akan teruskan usaha pemansuhan tol-tol yang begitu banyak terutama di Lembah Kelang ini bagi meringankan beban rakyat terutama yang berpendapatan rendah.
0 comments:
Catat Ulasan