20 Mei 2011

Rajinikanth dimasukkan ke ICU



 Rajinikanth, bintang filem terkenal India sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami masalah pernafasan hari ini, kata doktor, tatkala ramai peminat setianya mendoakan beliau supaya cepat sembuh.
Menurut pihak Hospital Sri Ramachandra yang terletak di selatan bandar raya Chennai, ikon filem berbahasa Tamil berusia 61 tahun itu dipindahkan ke wad khas semalam untuk meningkatkan tahap pernafasannya.
Dia berada di hospital swasta Sri Ramachandra sejak Jumaat lepas. Sumber hospital berkata, dia sedang dirawat kerana mengalami radang paru-paru dan penyakit buah pinggang.
Isnin lepas, para doktor membuang bendalir daripada dadanya yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas.

Rajinikanth, seorang konduktor bas yang menjadi pelakon, jatuh sakit pada hari pertama penggambaran filem terbarunya, Rana (Raja) pada akhir April lepas dan telah dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali.
Rajinikanth yang membintangi lebih daripada 175 filem, merupakan seorang bintang terkenal India dan membangkitkan kesetiaan fanatik daripada ramai peminat.

0 comments:

Catat Ulasan