16 Oktober 2010

Buku Terbitan 2011

Buku untuk terbitan 2011 telah siap tapi ini beberapa tajuk aje. Ada beberapa tajuk lagi belum siap, dalam proses. Kerana inilah buat ketika ini aku sangat sibuk sehingga tiada masa untuk buat pose baru apatah lagi untuk blog walking.
Antara salah satu buku terbitan 2011, set 'Siri Bacaan Rimba' ada 8 tajuk

Set buku yang telah siap dibungkus sebelum dihantar ke pengedar-pengedar di seluruh Malaysia.

05 Oktober 2010

Bidadari Syurga II

Apabila seseorang lelaki itu masuk syurga akan diberi bidadari begitu juga dengan seorang wanita yang juga diberi bidadari. 
Ada yang salah anggap tentang bidadari ni.
Apabila disebut bidadari, pasti terlintas di kepala adalah seorang wanita jelita yang akan melayan kita segalanya... 
Tapi sebenarnya bidadari syurga ni adalah khadam syurga yang terdiri dari para malaikat yang tiada jantinanya. Bukan lelaki dan bukan wanita.....