15 Mac 2011

Logi Nuklear Di Jepun Meletup Akibat Gempa Bumi




Logi Nuklear Fkushima Daici meletup akibat gempa bumi.

Satu letupan dan kebimbangan mengenai peleburan satu daripada loji nuklear Jepun mendedahkan skala bencana yang dihadapi negara itu selepas gempa bumi dan tsunami menyebabkan lebih kira-kira 1,000 orang dikhuatiri terbunuh.
Asap tebal kelihatan berkepul-kepul di loji nuklear Fukushimam No 1 kira-kira 250 kilometer ke timur laut Tokyo selepas letupan di loji berkenaan memusnahkan tembok dan bumbungnya.
Letupan itu  menyebabkan beberapa pekerja cedera. Kerajaan Jepun mengesahkan letupan itu dan pembocoran radiasi serta berkata, ia akan menyiasat punca letupan itu.
 Sesium radioaktif dikesan berhampiran kawasan itu dan kegiatan radioaktif meningkat 20 kali ganda di luar.
“Loji itu mungkin mengalami proses peleburan,” lapor agensi berita Kyodo dan Jiji sebelum letupan berlaku sementara rangkaian televisyen NHK memetik agensi suruhanjaya berkenaan sebagai berkata, tiub logam yang mengandungi bahan api uranium mungkin sudah cair.
Sistem penyejukan loji terbabit rosak akibat gempa bumi besar yang melanda wilayah berkenaan 24 jam sebelum itu, memaksa pihak berkuasa bergegas memulihkan keadaan dan memindahkan lebih 45,000 penduduk yang mendiami lingkungan 10 kilometer.
Beribu-ribu lagi turut dipindahkan dari kawasan berhampiran loji kedua, Fuku- shima No 2, yang turut mengalami kerosakan pada sistem penyejukannya.
Sebahagian daripada rod nuklear dikatakan terdedah untuk seketika semalam selepas paras air penyejuk menurun dan sebuah kereta bomba terpaksa digunakan untuk mengepam air masuk ke dalam reaktor.
Pegawai Suruhanjaya Keselamatan Nuklear, Ryohei Shiomi berkata, penduduk yang berada di luar sekitar 10 kilometer dari loji itu tidak akan terjejas jika letupan berlaku.
Kebanyakan 51,000 penduduk yang tinggal di kawasan bahaya sudah dipindahkan. 


4 comments:

Tulip berkata...

takut plak dgr cerita2 mcm neh..

Joe berkata...

Tulip, ambil iktibar.. negara kita jangan ngada-ngada nak buat logi nuklear lak..

zulkbo berkata...

salam Joe..
khabarnya kesannya akan di rasai
oleh negara serantau dari angin
dan hujan yang berasid?moga di jauhkan
lah negara kita

Joe berkata...

zulkbo, tu la.. dua tiga hari ni hujan lain macam je lebatnya dengan angin serta awan yg hitam...

Catat Ulasan