|       Siapa yang tidak sakit hati melihat kawasan yang sepatutnya  selesa untuk dijadikan kawasan beriadah dan berekreasi bersama keluarga dicemari sampah-sarap?        Namun, itulah yang berlaku di Pantai Morib di sini apabila sampah-sarap dilihat bertaburan di sekitar rumah sampah yang  terletak berhampiran dengan kawasan pantai.        Rumah sampah itu sepatutnya menjadikan sampah dapat dilupuskan tetapi apa yang  berlaku adalah sebaliknya.        Apa yang lebih menyakitkan hati ialah apabila bau busuk  dapat dihidu  di kawasan sekitar sehingga mengganggu  pengunjung yang datang ke pantai peranginan tersebut.       Persoalannya ialah mengapa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak peka dengan masalah itu dan membiarkan sahaja pantai  yang baru dinaik taraf  dengan kos kira-kira RM6 juta itu dicemari  dengan sampah-sarap. Keadaan itu yang pastinya memberi  pandangan negatif kepada pengunjung luar. Apa yang lebih  memalukan apabila keadaan kotor dan bersepah itu dapat dilihat pada hari cuti umum iaitu hari jumlah pengunjung ke pantai itu bertambah.                Pantai Morib kini adalah antara tempat rekreasi yang paling popular selepas  dinaik taraf baru-baru ini tetapi sayangnya, kawasan persekitaran pantai  ini sangat kotor dan busuk. Sampah di situ sepatutnya dikutip setiap hari dan kawasan  sekitarnya dibersihkan kerana kawasan itu adalah kawasan  tumpuan orang ramai.          Ia menggambarkan yang PBT tidak melakukan kerja yang telah diamanahkan dan tidak menyelenggara sampah-sarap  di situ dengan baik. | 
20 Mac 2011
Pantai Morib - Sampah Yang Tak terurus
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


 
 
4 comments:
Malaysia nie kalau jadi Tsunami ,org lari bukan kerana ombak tapi kerana takut ditimbus sampah...
Betol! Betol! Betol..... Tsunami sampah melanda Malaysia.... Larii!!!!
pantai tuh kat mana ekk???x pernah dgr pun..hehehehe
baru ingat esok nak ke Morib. harap2 skg dah lebih terurus kot ye ;)
Catat Ulasan