31 Mac 2011

... Dalam Botol , RM1 Juta Dalam 5 Hari Tayangan




... Dalam Botol yang menceritakan kehidupan pasangan gay berjaya mencatatkan kutipan RM1 juta selepas lima hari ditayangkan walaupun telah menerima kecaman dan kritikan hebat daripada pelbagai pihak sebelum ini.
Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 24 Mac lalu di 41 buah pawagam seluruh negara.
Kutipan tersebut merupakan satu jumlah di luar jangkaan memandangkan filem-filem yang diterbitkan oleh Raja Azmi sebelum ini tidak pernah meraih kutipan sebanyak itu dalam tempoh lima hari.
Kos produksi untuk menerbitkan ...Dalam Botol adalah RM888,000 tidak termasuk promosi.
 
Filem ...Dalam Botol arahan Khir Rahman merupakan sebuah filem yang bersandarkan kepada konflik percintaan pasangan sejenis lelaki dan disifatkan sebagai satu percubaan berani Raja Azmi dalam membuka dimensi baharu filem Melayu dengan memaparkan isu realiti menerusi layar perak.
Raja Azmi pernah menyatakan sekiranya filem berkenaan tidak mengaut keuntungan yang disasarkan, dia nekad akan berhenti daripada membikin filem pada masa akan datang.
Bagaimanapun dengan kutipan tersebut, Raja Azmi akan membatalkan hasrat itu dan seterusnya bercadang menghasilkan filem Anak Ikan iaitu sebuah karya mengisahkan kehidupan lelaki “jambu” yang menjadi rebutan ramai.


1 comments:

Myaby berkata...

cam menarik tp segan nak p tgk. hehe

Catat Ulasan