Beberapa bangunan yang menjadi mercu tanda, termasuk bangunan pencakar langit, universiti dan pusat beli-belah di Kuala Lumpur akan bergelap selama sejam pada 26/03/2011 sempena kempen Earth Hour 2011.
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Universiti Putra Malaysia (UPM), Planetarium Negara dan Sunway Pyramid berikrar menyokong kempen itu.
Bagi tujuan itu, mereka akan memadam lampu dari pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam sebagai simbol keprihatinan masing-masing terhadap isu pemanasan global dan perubahan iklim.
0 comments:
Catat Ulasan