18 Januari 2011

Salahkah Besarkan Payu Dara



Program Wanita Hari Ini terbitan TV3 pada 17 Januari lalu telah membincangkan segmen bertajuk Salahkah Besarkan Payu Dara?
Tajuk ini dibincangkan secara terbuka dan ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat. Antara panel yang dijemput termasuk pakar pembedahan plastik Dr. Benjamin George, pakar fesyen Azril Kamarudin dan dua artis iaitu Elly Mazlein dan Mimi One Emcees. Tiada panel dari pakar agama untuk menilai dari sudut keagamaan serta hukumnya.
Wajarkah segmen ini membincangkan isu berkaitan payu dara iaitu anggota 'sulit' bagi wanita secara terbuka apatah lagi dibincangkan bersama panel pakar dari kaum lelaki?
Ini isu sensitif dan mungkin program ini terikut-ikut dengan pendekatan barat yang bersifat terbuka. Namun kita di Malaysia yang mempunyai adab dan kesopanan patut tidak membincangkan isu ini secara terbuka.

# Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan jika pembedahan plastik dilakukan semata-mata untuk kecantikan seperti mengecilkan saiz hidung atau membesarkan payu dara supaya kelihatan lebih cantik, maka hukumnya adalah haram.


7 comments:

farhanaafri berkata...

betol..!!

aishah aka rAtU KeBayA berkata...

terlampau terbuka sekarang ni.. kalau sy jadi jemputan tak sangup nak pandang muka lelaki2 tu..

Joe berkata...

farhanaafri @ betol.betol memang betollll

Joe berkata...

aishah @ memang terbuka, kamu tak sanggup pandang muka lelaki2 tu tapi dia orang pandang kat mane agaknya? Tut! he..he..

ASSOYFINGER67 berkata...

Tak salah..kalau soalannyer "Salahkah payudara besar"..huhu..pasal itu kejadian dariNYA..Tapi kalau diubah...walaupun kecilkan payudara teatap salah....kecilpun salah apatah lagi besarkan...(kecuali atas alasan darurat)

Joe berkata...

assoy... hukumNya tetap sama hingga akhir zaman. Haram tetap haram, ye tak...

Melati Qistyna's Mummy berkata...

hmmmm... tibitiga skang makin berani.... xde ke penasihat agama yg keje kt tibi tiga tuh? huhuuh

Catat Ulasan