Buku Interlok adalah hasil tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain yang telah diterbitkan sejak 40 tahun yang lalu. Kini buku ini telah terpilih untuk digunakan sebagai buku tek kompenan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu tingkatan lima bermula sesi persekolahan 2011.
Namun pelbagai pihak telah membantah penggunaan buku Interlok ini sebagai buku tek di sekolah terutama bagi masyarakat India. Ini kerana ada kandungan yang menyentuh sensitiviti kaum India. Istilah 'paria' ada terkandung dalam buku ini merujuk pada kasta yang paling rendah dalam masyarakat India terutama di negara India. Walaupun kisah dalam buku ini ada kebenaran dan kisahnya berdasarkan sejarah namun sebagai masyarakat yang pelbagai kaum, perasaan dan sensiviti antara kaum harus difahami dan diambil kira.
0 comments:
Catat Ulasan