11 Januari 2011

Ana Raffali Dan Kontroversi AJL25


Anugerah Juara Lagu Ke 25 anjuran TV3 adalah yang terbaik samada dari segi penganjuran mahupun dari persembahan artis-artis yang memukau. Ditambah pula dengan gandingan pengacara yang amat serasi.


Namun AJL25 berakhir dengan kontroversi apabila keputusan di luar jangkaan yang memilih lagu nyanyian dan ciptaan Ana Raffali, Tolong Ingatkan Aku menjuarai AJL ke 25. Ramai yang tidak berpuashati lantas mengkritik dan mengutuk keputusan ini dan juga Ana Raffali. Apapun keputusan adalah di tangan barisan juri yang lebih arif dan segala kontroversi ini berpunca dari keputusan mereka. Jadi tak wajarlah Ana Raffali yang dipersalahkan dan menjadi mangsa kritikan. Mungkin  dah rezeki dia pada AJL25 ini dan kita kena terima hakikat kerana keputusan juri adalah muktamad.
Dan apa yang berlaku diharap menjadi pengajaran buat penganjur dan para juri untuk membuat keputusan pemilihan pada Anugerah Juara Lagu yang akan datang.



1 comments:

ASSOYFINGER67 berkata...

tahniah ana....Yuna ur the best!!!!

Catat Ulasan