Cuti yang lalu aku telah bercuti sakan kerana destinasi aku kali ini agak jauh (jauh sebab naik bas), nun jauh di Thailand. Mengikuti rombongan Kelab Sukan Sunway memang menyeronokkan apatah lagi percutian ini semuanya 'include' kecuali duit shopping le..
Di hadapan kedai bebas cukai di Bukit Kayu Hitam
Nora Plaza, di Hatyai. Tempat jual barang-barang kulit.
Dengar taklimat di kilang madu. Katanya lebah yang dibela di sini hanya menghisap madu dari bunga popi. Jadi tinggi khasiatnya ...
Menjamu selera di Restoran Hamid, Hatyai, perut lapar sangat masa ni, santap....
Tunggu bot panjang untuk ke Pulau James Bond dan Phang Nga Bay national park
Menaiki bot panjang yang boleh memuatkan 40 orang, satu bas tu !
Cantiknya permandangan di sini
Bot pelantar untuk menaiki kayak untuk meronda sekitar pulau
Yang bestnya naik kayak ni tak payah dayung sendiri sebab ada orang yang mendayungnya. So rilek dan menikmati panorama yang indah
Memasuki gua melalui pintu gua yang kecil, terpaksa tundukkan kepala..
Di dalam antara gua
Menyusuri hutan bakau..
Ada pulak yang berniaga kat celah-celah hutan bakau ni.
Air kelapa 40 bath satu biji (RM4 je)
Sian pak cik kat belakang tu mendayung, bawak 3 orang lak tu..
Berposing kat pulau James Bond
Pulau James Bond ni mendapat namanya kerana filem James Bond pernah membuat pengembaraannya di sini
Pulau yang dulu terasing kini menjadi tumpuan pelancong dan banyak gerai-garai cenderahati di sini gara-gara filem James Bond
0 comments:
Catat Ulasan