12 Januari 2011

Pesawat Air Asia Terbabas

Seramai 124 penumpang termasuk 6 anak kapal Air Asia, AK 5218 mengalami pengalaman ngeri apabila pesawat yang mereka naiki, Airbus A320 terbabas ke luar landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK)
Kejadian berlaku pada waktu malam apabila pesawat tersebut cuba mendarat dalam keadaan hujan lebat. Sayap kanan pesawat bergeser dengan permukaan landasan hingga mengeluarkan percikan api manakala ruang kabin dipenuhi asap. Namun hanya 4 orang sahaja yang mengalami kecederaan dan mujurlah tidak berlaku keadaan yang lebih buruk.
Kejadian tersebut telah menjejaskan jadual penerbangan dan ramai penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.





1 comments:

Catat Ulasan