19 Mei 2010

Rumah Terbengkalai - Apa sudahnya




Di negara kita, berapa banyak projek perumahan terbengkalai? Tak terkira ! Setiap negeri, setiap bandar, di merata-rata tempat kita akan jumpa rumah terbengkalai. Sakit n semak mata memandang..



Walaupun berat mata kita memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah beban yang perlu dihadapi oleh pembeli-pembeli rumah tersebut. Kegembiraan semasa membeli rumah hanya sementara. Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.. Mana tidaknya, betapa seronoknya bila berjaya memilliki rumah yang selama ini diinginkan dan betapa luluhnya hati apabila rumah yang dibeli dah bertahun tak siap-siap. Yang paling sengsara pembeli terpaksa membayar interest (bunga) bank selagi rumah tak siap. Pemaju dikatakan muflis. Hanya syarikatnya aje yang muflis tapi tokehnya tetap kaya raya, tinggal rumah banglo besar dan berkereta mewah. Pembeli terpaksa membayar interest saban bulan tanpa mengurangkan nilai pinjaman. Bank jugak yang buat untung besar. Aku dulu antara pembeli yang hampir menjadi mangsa. Mujurlah aku dapat maklumat lebih awal tentang masalah pemaju tersebut dari kawan yang bekerja dalam pemaju perumahan yang syarikat ini ada masalah kewangan. Jadi aku jumpa lawyer aku untuk batalkan perjanjian pembelian rumah tersebut. Nasib aku baik sebab pihak bank belum bagi wang pada pemaju.Kalau tidak sehingga kini, dah lebih 7 thn rumah tersebut terbengkalai dan aku terpaksa bayar interest bank setiap bulan.Syukurlah aku terlepas dan selepas itu aku beli rumah lain yang telah siap. Walaupun mahal sikit tapi aku puas...
Kenapa perkara ini berterusan dan tiada penyudahnya? Kenapa kerajaan tidak ambil tindakan kepada pemaju yang gagal? Kenapa pembeli terpaksa bayar interest, sedangkan rumah tidak dimiliki lagi? Apakah ada pihak-pihak yang mendapat keuntungan di atas apa yang berlaku? Kenapa atas kegagalan pemaju atau pihak lain, pembeli/rakyat yang terpaksa menanggungnya? Kenapa selalu rakyat yang menjadi mangsa? Apakah persoalan ini ada jawapannya.....                                                                                                                                                                  

 Tak tahu kenapa malam ini aku serius sikit....





9 comments:

ASSOYFINGER67 berkata...

Itu hukum alam...diaorang JAWS ke PAUS ke..
kita anak ikan ke,Plakton ke...Laut takkan dengar nasihat karang..

Roronoa Zoro berkata...

sedih.. ='(

kesian kat org yg jadi mangsa...

Othman Juliana berkata...

aku geram tu bila dah pemaju bankrup-harta tokey pun patut kena sita ke apa. ini asyik lepas je. dah tu, gomen amek mudah je-maklum la tak kena kat depa. uh! *aku pun jadi emo~

Joe berkata...

*mungkin ada org gomen ni ada kepentingan/syer dlm sya. pemaju dan bank. Sebab bank juga dapat untung besar. lagi lambat siap lagi banyak untungnya*

ain fathihah berkata...

semak mata tengok projek perumahan terbengkalai..

kasihan pembeli

zulkbo berkata...

salam ziarah hari jumaat..
penghulu segala hari..
moga kita mendapat hikmahnya
dan di kurniakan kesihatan
yang baik.

Kepala Bergetar berkata...

kaze sokong sgt kalau rumah yg siap saja boleh dijual... kesian kene berhutang pada benda2 yg tak patut ni..

Alyssa Villamor berkata...

saje nk wat habis tu, pastu tak reti nk setel kan keje yg dimula kan..
nyusahkan org len jek! huu

Joe berkata...

apa nak buat dgn orang macam ni...

Catat Ulasan