13 Mei 2010

Selesai Hutang Kereta

        Hari ini aku cuti koje sbab aku nak gi setel aku punye last payment hutang kereta aku kat KL. Itu yang aku ble sangat tu. Aku cukup malas nak gi KL, trafic teruk jem giler.. Aku pun tak tahu nape usecar tempat aku beli kereta ni dulu buat aku punye loan kat KL. Sedangkan aku beli kereta kat subang je. CIMB bank kat Wisma Nusantara di jalan puncak off jalan P.Ramlee. Dah le bangunannya tersorok, parkingnya pula... alamak jauh dan dalam hutan atas bukit tapi tetap kena bayar RM4 beb.. Dalam surat urusan di tingkat 5, sampai je dia suruh pulak gi kat ground floor, lepas tu gi balik tingkat 5 balik. Apa nak buat jadi bola hari ni. Untuk batalkan hak milik bank kena gi JPJ. Katanya sekarang urusan dgn JPJ secara online, tapi lepas 3 hari baru boleh gi JPJ untuk batalkannya. Online apa bendenya tu... Aku ingat boleh selesai hari ini juga tapi tidak.. Walaupun apa pun hutang kereta aku langsai.. Mula dalam kepala otak aku ini ingat nak beli satu lagi kereta untuk orang rumah aku, MPV aku rasa tapi tak tahu nak beli jenis apa dan  yang mana bagus. Masih fikir ni...eemmmm... 
Tolong bagi cadangan boleh...

5 comments:

ASSOYFINGER67 berkata...

Salam..tahniah..bolehler beli keta baru

Nadia Ibrahim berkata...

tak tau psl kete..
aha..

zulkbo berkata...

salam..
alhamdulillah
lepas satu seksa
he he

Joe berkata...

Tula.. selesai jua akhirnya. 6 thn tanggung seksa beb..

Tanpa Nama berkata...

tak payahla beli kereta dulu. Hutang baru habis.Aku pun malas dah nak bayar hutang kereta.la masih dengan kereta lama.

Catat Ulasan