16 Jun 2011

Usop Wilcha Kini Krew Hot FM


FAIZAL Ismail, Usop Wilcha dan Fara Fauzana akan menggegarkan pagi anda dengan keletah mereka menerusi Hot FM AM Krew.


SELAMA lima tahun beroperasi, stesen radio popular, Hot FM telah berjaya menempatkan diri mereka sebagai salah sebuah stesen yang diminati ramai.
Populariti yang dikecapi oleh stesen yang bernaung di bawah Media Prima Berhad (MPB) itu pernah melayakkan mereka untuk merasai gelaran sebagai stesen radio nombor satu negara.
Meskipun hanya sempat merasai nikmat kejayaan itu hanya untuk seketika sahaja, namun ia bukan satu halangan buat Hot FM untuk terus memantapkan lagi kandungan program agar peminat terus setia bersama mereka.
Seperti mana yang pernah dikatakan Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio MPB, Seelan Paul sebelum ini, Hot FM bukan mahu berlumba-lumba untuk meletakkan diri mereka sebagai nombor satu.
Tetapi, apa yang penting bagi mereka adalah untuk memberikan kepuasan maksimum kepada pendengar setia yang tidak pernah berhenti menyokong Hot FM sejak lima tahun lalu.
Salah sebuah program yang cukup popular di kalangan pendengar setia radio itu adalah Hot FM AM Krew yang kini ke udara setiap hari Isnin sehingga Jumaat dari pukul 6 sehingga 11 pagi.
Sekadar menyingkap sejarah, untuk tiga tahun pertama, ia dikendalikan secara berdua oleh Fara Fauzana dan Faizal Ismail.
Ternyata populariti segmen pagi itu telah melonjakkan karier seni kedua-dua personaliti itu sehingga berjaya menjadi penyampai radio paling popular lewat ini.
Demi memantapkan lagi Hot FM AM Krew, Hot FM sebulat suara menambah seorang lagi ahli keluarganya iaitu Muhammad Azmir Selamat atau lebih dikenali sebagai AG.
Tidak puas melihat segmen itu dikendalikan secara bertiga, Hot FM telah melamar seorang personaliti yang cukup popular untuk memantapkan lagi segmen pagi yang diminati ramai.
Bermula hari ini (16 Jun), Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalulail atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha sah menjadi ahli keluarga terbaru Hot FM.
Pastinya dengan kehadiran Usop Wilcha yang digelar Abang Usop di kalangan kakitangan Hot FM itu akan menggamatkan pagi pendengar setia Hot FM apabila akan digandingkan bersama Fara, Faizal dan AG.

0 comments:

Catat Ulasan