17 Jun 2011

Jepun temui radioaktif pada paus



 Pemburu paus di Jepun menemui kesan-kesan bahan radioaktif caesium dalam badan dua ekor mamalia raksasa tersebut yang ditangkap baru-baru ini di perairan negara ini di Lautan Pasifik.
Dua ekor paus jenis minke yang ditangkap dekat pulau Hokkaido, utara Jepun menunjukkan bacaan 31 becquerel dan 24.3 becquerel caesium sekilogram, kata seorang pegawai agensi perikanan hari ini.
Puncanya dipercayai daripada kebocoran bahan radioaktif di loji nuklear Fukushima, katanya.
Paras itu masih jauh di bawah had selamat maksimum yang ditetapkan baru-baru ini bagi makanan laut iaitu 500 becquerel sekilogram.
Air radioaktif dari loji nuklear Fukushima Daiichi bocor ke Lautan Pasifik sejak dilanda gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu, yang merosakkan sistem pendingin lalu mencetuskan kecairan reaktor dan letupan.
Rakyat Jepun dan pakar hidupan laut melahirkan kebimbangan bahan radioaktif di laut boleh berkumpul dalam badan haiwan marin yang besar dan hidup lama. 


0 comments:

Catat Ulasan