14 Januari 2011

Astro First - Dari panggung ke rumah



Astro telah melancar saluran baru iaitu Astro First di channel 480 yang menayangkan filem-filem yang telah ditayangkan selama 2 minggu di panggung wayang. Jadi bagi aku yang malas nak ke panggung ni, umpama bulan jatuh ke riba kerana tak payah lagi nak pegi ke panggung untuk menonton wayang. Bolehlah melepak kat rumah aje menonton bersama keluarga sambil tergolek-golek, makan snek, makan maggi dan bagai-bagai lagi. Lagipun harganya takde la mahal sangat RM15 aje untuk satu cerita selama 48 jam. Memang berbaloi kalau dikira pergi ke panggung dengan keluarga atau rakan-rakan.
Jadi marilah kita beramai-ramai menonton wayang..... kat rumah aje he! he!

8 comments:

Karya Hati berkata...

ye! sgt lah betul.. maka kuranglah maksiat :P

Joe berkata...

takde yang buat wayang dalam panggung, ye tak?

ASSOYFINGER67 berkata...

Takut banyak pulak panggung Mini haram akan timbul huhu

matahati-aishahazhar berkata...

bagus ni... harus kene register..

Joe berkata...

assoy- apa bezanya sekarang banyak jual vcd haram ye tak ...

Joe berkata...

r.kebaya- ha.. cepat register, boleh aku tumpang tengok hu,,hu,,

zulkbo berkata...

salam..
elok juga..melepak
panggung pun mahal ler nih
sampai RM 11 satu kepala

ASSOYFINGER67 berkata...

Bezanya CD haram tak clear....ini clear..huhu

Catat Ulasan