03 Julai 2010

BBQ - Perjumpaan keluarga



Pada malam minggu yang lepas, aku adakan BBQ kat rumah aku. Permintaan dari adik-beradik aku. Dah lama plan tapi maklum le masing-masing ada hal bila aku bagi tarikhnya. Tapi akhirnya berjaya juga walaupun aku terpaksa koje pada esok harinya.



Selepas maghrib, program BBQ aku pun bermula.

Yang ini, abang dan adik aku. Orang kuat untuk BBQ ini. Bersemangat betul mereka.


Nasib baik juga ramai yang membantu (ringan tangan). So aku jadi tuan rumah rilex aje.... keluar modal!


Antara yang dibakar.. udang, ayam, kerang...


ikan, daging, sotong.....


udang memang wajib bila buat BBQ. Uuuuummmm!!... menyelerakan..


Kaum wanita dan ibu-ibu, makan aje kojenya. Ngumpat le tu.. he..he..he..
Tapi tak apa, bila selesai koje mereka kemas dan basuh segalanya.
Seronok bila ada aktiviti keluarga macam ni. Terasa nak buat lagi tapi tuan rumahnya orang lain pula lak.




2 comments:

FyZa berkata...

pergh! sdpnya bbq..nyum3..;p

wawa syaida berkata...

sedapnye tengok udang udang udang tu....
meh la sikit +______+

Catat Ulasan