15 Julai 2011

Harta bilion dolar ditemui di kuil Sree Padmanabhaswamy di Thiruvananthapuram, ibu negeri Kerala di selatan India.

Komando India menemui harta bernilai RM33.6 bilion di bilik kebal  Kuil  Sree Padmanabhaswamy di  Thiruvananthapuram, ibu negeri Kerala di selatan  India.   -  AFP 



 Komando India telah mengepung kuil Hindu zaman pertengahan 
di selatan India  selepas menemui syiling emas dan batu permata 
bernilai berbilion  dolar di bilik kebal kuil tersebut. Menurut Ketua 
Menteri Kerala,  Oommen Chandy, kira-kira 100 orang polis bersenjata
 mengawal Kuil Sree Padmanabhaswamy di ibu negeri
 Kerala, di sini.
"Harta bernilai 500 bilion rupee (RM33.6 billion) itu
 akan disimpan di kuil tersebut dan polis Kerala mengambil alih
 kawalan keselamatan daripada kakitangan kuil", katanya.
Sejumlah
 besar barang kemas dan duit syiling daripada emas dan perak,
 serta batu permata ditemui apabila lima bilik kebal dibuka
minggu lepas, 

dan bilik kebal keenam dijadual dibuka hari ini.Bekas 
hakim Mahkamah Tinggi Kerala, C.S. Rajan menganggarkan nilai 
harta karun itu boleh mencecah satu trilion rupee 
 (RM66 bilion). Rajan menganggotai sebuah panel tujuh ahli 
 yang dilantik oleh  Mahkamah Agung India untuk memantau 
pentaksiran harta tersebut.Jelas beliau, bilik kebal ketujuh 
berdinding besi akan  dibuka hanya selepas mendapat arahan 
 baru daripada Mahkamah Agung. 
Kuil itu dibina ratusan tahun silam oleh Raja Travancore dan
 sumbangan oleh penganut Hindu disimpan di dalam tujuh bilik
 kebalnya sejak itu. 

0 comments:

Catat Ulasan