15 Julai 2011

Jambatan Qingdao Haiwan Terpanjang di Dunia (2011)

China telah membuka jambatan laut terpanjang di dunia, keseluruhannya berukuran 42Km - 5 batu lebih panjang daripada jarak antara Dover dan Calais serta lebih panjang daripada marathon! Jambatan Qingdao Haiwan siap dibina awal tahun 2011 menyambungkan kawasan Bandar Qingdao, daerah Huangdao dan Teluk Jiaozhou. Jangkamasa 4 tahun adalah tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan jambatan tersebut yang mencapai kos pembinaan sehingga 5.5 billion pound sterling iaitu hampir 3 batu lebih jauh daripada pemegang rekod sebelum ini - Tambak Tasik Ponchartrain di Louisiana, USA.

Struktur jambatan tersebut berupa 2 jambatan selari sebelah menyebelah yang mencatat sepanjang 38.42Km ini mempunyai 3 lorong sehala. Dua pasukan pekerja pembinaan telah memulakan kerja2 pembinaan sejak tahun 2006. Seorang jurutera pembinaan jambatan ini berkata bahawa model komputer dan perkiraan adalah sangat bagus tetapi kita tidak boleh terlalu relaks sehingga kedua2 belah jambatan dipasak bersama. "Sekalipun perbezaan adalah sebanyak beberapa sentimeter boleh mengundang bencana besar." Dikatakan jambatan ini telah direka untuk menahan gegaran gempa bumi sehingga 8.0 skala richter!

I
 

 

 

Rekod Dunia

Danyang–Kunshan Grand Bridge (rail) - China  - 102 miles
- Tianjin Grand Bridge (rail) - China - 71 miles
- Weinan Weihe Grand Bridge (rail) - China  - 50 miles
- Bang Na Expressway (road) - Thailand - 34 miles

0 comments:

Catat Ulasan