Kemalangan Maut di Litar Sepang
Moto GP Malayia 2011 yang di adakan pada 23 Okt telah mencatatkan sejarah bila kemalangan maut yang pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Pelumba San Carlo Honda Gresini dari Itali, Marco Simoncelli, telah meninggal dunia dalam kemalangan ngeri yang melibatkan 3 pelumba. Simoncelli telah dilanggar hingga helmetnya tercabut selepas dia terjatuh.
Kematian adalah disebabkan trauma di bahagian kepala, leher dan dada. Beliau tidak sedarkan diri selepas berlanggar dan petugas perubatan telah memberi bantuan pemulihan pernafasan (CPR) dalam ambulans. Tiba kat pusat perubatan, beliau diinkubasi tapi malangnya ajal beliau dah sampai.
0 comments:
Catat Ulasan