06 Disember 2010

Harga Minyak Naik Lagi

Naik dan naik lagi!! Harga minyak petrol telah naik walaupun baru sahaja dinaikkan pada bulan November lepas.



Harga minyak RON 97 telah dinaikkan sebanyak 15 sen dari RM2.15 kepada RM2.30 seliter.
Harga minyak RON 95 pun turut naik walaupun telah dijanjikan oleh kerajaan tidak akan naik sehingga penghujung tahun ini. Harga minyak RON 95 naik       5 sen dari RM1.85 kepada RM1.90 seliter.
Kenaikkan ini disebabkan oleh kenaikkan harga minyak dunia. Harga minyak RON 97 diapungkan mengikut pasaran minyak semasa dunia tidak seperti harga minyak RON 95 yang dikawal oleh kerajaan (disubsidi katanya..)
Naik 5sen sahaja, tak membeban rakyat (katanya lagi...)
Ye le, naik 5sen seliter tapi kita sekali isi minyak  berapa liter pulak baru penuh tangki dan berapa kali pula sebulan kita isi. Kalau dikalikan sebulan berapa pula harga kenaikkan minyak yang rakyat perlu tanggung.
Namun kenaikkan harga minyak ini tidak dapat dielakkan.
Apa yang pasti harga minyak naik, harga barang-barang lain akan ikut naik jugak...





2 comments:

Terry Nur Iman berkata...

*ughhhh* the burden of transportation :(

Mazwandi Mustaffa berkata...

Rasa nak cari enjin guna air je lah.... Eh? lupa! air pun nak naik harga. 37% lagi.. cis!

- layari blog hamba untuk melihat demo anti air naik....

Catat Ulasan