04 April 2012

PENTAS MUZIKAL UPIN DAN IPIN DI ISTANA BUDAYA


Teater muzikal Upin & Ipin bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya selama 23 hari tanpa henti bermula 14 April hingga 6 Mei depan.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berkata, teater muzikal itu juga bakal menjadi pementasan paling banyak dipentaskan dalam sejarah Istana Budaya iaitu sebanyak 30 persembahan.
“Teater ini melibatkan 23 persembahan malam (8.30 malam) manakala bakinya pada sebelah petang (3 petang).
“Bagaimanapun kita tidak menolak kemungkinan jumlah persembahan akan ditambah jika permintaan terhadap Upin & Ipin meningkat,” ujarnya kepada mStar Online.
Tiket pementasan itu dijual dengan harga serendah RM30 hingga RM400 dan sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi 03-6186 6592/ 017-871 660/            012-297 7220       atau boleh melayari www.upinipinmusical.blogspot.com.

0 comments:

Catat Ulasan