09 Mei 2010

Sambutan Hari Ibu

Hari ini sungguh memenatkan. Jam sekarang pukul 11.05 pm, baru sampai rumah. Bukan penat bekerja tapi penat meraikan hari ibu di rumah ibu mertua dan ibuku..
Keluar rumah awal pagi, anak-anak aku sibuk ajak bersarapan di KFC. Anak-anak sekarang sarapan KFC le, MC Donald le.... Zaman aku dulu, lempeng dan jemput-jemput aje. Tiada pilihan lain kerana itulah yang nenek aku buat untuk aku adik-beradik.Aku dulu tinggal dan membesar dengan datuk & nenek, aruah dah... Al  Fatihah....
Ini kek sambutan hari ibu untuk ibu mertuaku. Sambut dengan adik-adik iparku yang lain di rumah adik iparku di Subang 2, Shah Alam.
Ini pula kek hari ibu untuk ibuku sendiri di rumah ibuku di Taman Maju Jaya di Jln Kelang Lama. Walaupun aku membesar dengan kedua atok & nenekku namun aku tak pernah melupai ibu, menyayanginya selagi hayat dikandung badan.....

4 comments:

Sesopie berkata...

sedapnya kek!! selamat hari ibu!

HaslinaFirdaus berkata...

Selamat Hari Ibu utk semua ibu2...

ASSOYFINGER67 berkata...

salam..SELAMAT HARI IBU BUAT MAK KAO DAN MM KAO

hijrah berkata...

wah2,bestnya kek!very enjoy da celebrate.Selamat Hari Ibu buat wanita2 Di blog ini.:)

Catat Ulasan