Lihatlah bendera negara Malaysia dan negeri Selangor ini. Dari jauh nampak ok aje.. dan apabila lihat dekat.....
buruknya!! koyak.. beserabai.. Gambar ini diambil di hadapan sebuah kilang di seksyen 22, Shah Alam. Di manakah nilai-nilai kewarnegaraan! Patriotik! Dan cintakan negara. Bagaimana kalau dilihat oleh pelancong-pelancong asing atau pelabur luar? Memalukan.... Apalah salahnya jika bendera itu diganti apabila sudah kelihatan usang. Harganya bukan mahal manapun, cuma beberapa ringgit sahaja. Mungkin pemilik syarikat ini terlalu kedekut.. tangkai jering. Apapun, sesuatu tindakan harus diambil oleh pihak berkuasa terhadap pemilik-pemilik syarikat atau sesiapa saja yang melakukan perkara yang tidak bermaruah ini.
11 comments:
Tu usianya entah dah berapa tahun bergantung.
Salam...Pihak Bandaraya sila siasat hal ini...yang berlaku di Shah Alam...tin tin pon pon!!!
aduh! spatutnya ade pihak berwajib kena check ni... malu la mcm ni bendera negara kita tu!
Tu le... apa nak buat pihak berwajib dah tido. kekenyangan.....
Hallo sapa keje bandaraya Shah Alam silalah lihat...bendera menangis...bukan penyu jer menangis....sila kerjaaa....
salam kenal saudara, terlepas pandang agaknya...
tggu 31 ogos baru tukar kot!
cm tercelup clorox~~huhu
Sebab dari jauh orang tak nampak la, diorang duk sidai lagi bendera dah buruk gitu..ish2~
isshhh...tak patut betul..
sepatutnyer pihak yang berkenaan jangan duk malaysia la...memalukan..
tak der semangat kenegaraan langsung..
PERLU AMIK TINDAKAN
sebab=sebat..hehe
Azaziah Hani;nnt tak de org bayar gaji plak...aku ingat hukum sebab jer majikan tu
Catat Ulasan