19 Mei 2010

Rumah Terbengkalai - Apa sudahnya




Di negara kita, berapa banyak projek perumahan terbengkalai? Tak terkira ! Setiap negeri, setiap bandar, di merata-rata tempat kita akan jumpa rumah terbengkalai. Sakit n semak mata memandang..



Walaupun berat mata kita memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah beban yang perlu dihadapi oleh pembeli-pembeli rumah tersebut. Kegembiraan semasa membeli rumah hanya sementara. Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.. Mana tidaknya, betapa seronoknya bila berjaya memilliki rumah yang selama ini diinginkan dan betapa luluhnya hati apabila rumah yang dibeli dah bertahun tak siap-siap. Yang paling sengsara pembeli terpaksa membayar interest (bunga) bank selagi rumah tak siap. Pemaju dikatakan muflis. Hanya syarikatnya aje yang muflis tapi tokehnya tetap kaya raya, tinggal rumah banglo besar dan berkereta mewah. Pembeli terpaksa membayar interest saban bulan tanpa mengurangkan nilai pinjaman. Bank jugak yang buat untung besar. Aku dulu antara pembeli yang hampir menjadi mangsa. Mujurlah aku dapat maklumat lebih awal tentang masalah pemaju tersebut dari kawan yang bekerja dalam pemaju perumahan yang syarikat ini ada masalah kewangan. Jadi aku jumpa lawyer aku untuk batalkan perjanjian pembelian rumah tersebut. Nasib aku baik sebab pihak bank belum bagi wang pada pemaju.Kalau tidak sehingga kini, dah lebih 7 thn rumah tersebut terbengkalai dan aku terpaksa bayar interest bank setiap bulan.Syukurlah aku terlepas dan selepas itu aku beli rumah lain yang telah siap. Walaupun mahal sikit tapi aku puas...
Kenapa perkara ini berterusan dan tiada penyudahnya? Kenapa kerajaan tidak ambil tindakan kepada pemaju yang gagal? Kenapa pembeli terpaksa bayar interest, sedangkan rumah tidak dimiliki lagi? Apakah ada pihak-pihak yang mendapat keuntungan di atas apa yang berlaku? Kenapa atas kegagalan pemaju atau pihak lain, pembeli/rakyat yang terpaksa menanggungnya? Kenapa selalu rakyat yang menjadi mangsa? Apakah persoalan ini ada jawapannya.....                                                                                                                                                                  

 Tak tahu kenapa malam ini aku serius sikit....





18 Mei 2010

Red Arrow - Royal Air Force Aerobatic Team




Sebuah pesawat Royal Air Force Aerobatic Team iaitu Red Arrow telah mengalami kerosakan teknikal dan mendarat cemas di suatu kawasan lapang berhampiran Bandar Saujana Putra. Juruterbangnya tidak mengalami apa-apa kecederaan cuma pening-pening lalat sedikit...


Pesawat dan juruterbangnya telah diberi bantuan dengan segera..

Pesawat Red Arrow telah dibaiki oleh pakar-pakar teknikal yang dipanggil khas dari kawasan sekitar. Di atas kepakaran rakyat Malaysia, pesawat Red Arrow dapat dibaikpulih dengan jayanya.
Akhirnya, pesawat Red Arrow berjaya diterbangkan dan meneruskan perjalanannya ke pameran LIMA di Langkawi.

17 Mei 2010

Sepetang Di Hari Minggu


Sepetang ronda-ronda di hujung minggu sebab dari pagi sabtu dok melekat kat rumah aje. Tak koje, boring jugak duk lama kat rumah. Siankan anak, aku bawa le ronda-ronda pegi taman sekitar putra height. Perut lapar,  anak-anak ajak makan kat restoran aneka sup kat dalam giant. Memang dia orang suka tempat ni, segala jenis sup ada. Macam-macam ada... macam astro tuu..

Alhamdulillah.... tak lupa baca doa sebelum makan

Tanpa pandang kiri kanan, belasah! perut dah lapar la tu..
Makan sampai licin, tokeh kedai tak payah cuci pinggan mangkuk lagi dah..



16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU



Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini ulama yang mulia,
Jika hari ini peguam menang bicara,
Jika hari ini penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.



..."Guru Oh Guru"
Usman Awang...


15 Mei 2010

Next Malaysian Top Model

Gaya seorang model.. tulah anak aku, Amirah Murfiqah yang suka bergaya sakan. Pantang aku keluar kemera,  pasti dia bergaya untuk aku ambil gambarnya. Apapun
i like it...


14 Mei 2010

Penghibur Jalanan



Semasa aku ronda2 kat KL hujung minggu lepas, mata aku tertarik pada...
pemuzik jalanan orang buta. Lokasi di pinggir jalan di hadapan pasaraya sogo, membuat ramai orang yang lalu lalang berhenti termasuklah aku yang termanggu seketika mendengar dendangan lagu yang dinyanyikan mereka sungguh mengasyikkan... 
Ku mencari tak ku temui 
puas ku bertanya tiada berjumpa 
di manakah dia gadis yg jelita 
ingin ku bertemu biarpun tak lama
Oo.. mas mona engkau jelita 
dapatkah ku hidup dgnmu
dapatkah rasa perasaan ini
atau mungkinkah ku ditemani mimpi..
Mas Mona lagu Jeffrydin thn 60an memang memukau pendengaran aku dan orang ramai. Walaupun mereka tidak dapat melihat tapi mereka boleh menyanyi dan bermain muzik dgn baik. Merekalah penghibur jalanan dan diharap mereka dapat terus menghiburkan warga kota yang terlalu sibuk dgn urusan masing2.

13 Mei 2010

Selesai Hutang Kereta

        Hari ini aku cuti koje sbab aku nak gi setel aku punye last payment hutang kereta aku kat KL. Itu yang aku ble sangat tu. Aku cukup malas nak gi KL, trafic teruk jem giler.. Aku pun tak tahu nape usecar tempat aku beli kereta ni dulu buat aku punye loan kat KL. Sedangkan aku beli kereta kat subang je. CIMB bank kat Wisma Nusantara di jalan puncak off jalan P.Ramlee. Dah le bangunannya tersorok, parkingnya pula... alamak jauh dan dalam hutan atas bukit tapi tetap kena bayar RM4 beb.. Dalam surat urusan di tingkat 5, sampai je dia suruh pulak gi kat ground floor, lepas tu gi balik tingkat 5 balik. Apa nak buat jadi bola hari ni. Untuk batalkan hak milik bank kena gi JPJ. Katanya sekarang urusan dgn JPJ secara online, tapi lepas 3 hari baru boleh gi JPJ untuk batalkannya. Online apa bendenya tu... Aku ingat boleh selesai hari ini juga tapi tidak.. Walaupun apa pun hutang kereta aku langsai.. Mula dalam kepala otak aku ini ingat nak beli satu lagi kereta untuk orang rumah aku, MPV aku rasa tapi tak tahu nak beli jenis apa dan  yang mana bagus. Masih fikir ni...eemmmm... 
Tolong bagi cadangan boleh...

12 Mei 2010

RESTORAN TUAN LAH CORNER






Ayam goreng berempah Tuan Lah













Selamat Datang Ke Tuan Lah Corner Restoran Dan Katering         
Lokasi   :  Jalan perigi Nanas, Tmn Perindustrian Pulau Indah, Selangor.
( R & R Pulau Indah )
Waktu Operasi   :  11.00 pg   -   12.00 mlm
Untuk tempahan   :  Sila hubungi 013-3067675

Info : Restoran kawan yang baru dibuka. 



 

11 Mei 2010

Perlawanan Tarik Tali

1, 2, tarik!!  1, 2, tarikk!!!
Perlawanan tarik tali ini telah berlangsung di Karnival Sukan Sek. Keb. SS19, Subang Jaya

09 Mei 2010

Sambutan Hari Ibu

Hari ini sungguh memenatkan. Jam sekarang pukul 11.05 pm, baru sampai rumah. Bukan penat bekerja tapi penat meraikan hari ibu di rumah ibu mertua dan ibuku..
Keluar rumah awal pagi, anak-anak aku sibuk ajak bersarapan di KFC. Anak-anak sekarang sarapan KFC le, MC Donald le.... Zaman aku dulu, lempeng dan jemput-jemput aje. Tiada pilihan lain kerana itulah yang nenek aku buat untuk aku adik-beradik.Aku dulu tinggal dan membesar dengan datuk & nenek, aruah dah... Al  Fatihah....
Ini kek sambutan hari ibu untuk ibu mertuaku. Sambut dengan adik-adik iparku yang lain di rumah adik iparku di Subang 2, Shah Alam.
Ini pula kek hari ibu untuk ibuku sendiri di rumah ibuku di Taman Maju Jaya di Jln Kelang Lama. Walaupun aku membesar dengan kedua atok & nenekku namun aku tak pernah melupai ibu, menyayanginya selagi hayat dikandung badan.....

08 Mei 2010

KERETA PERISAI - ATM

KERETA PERISAI 8x8 FNSS Pars
Pengeluar: FNSS
Krew: 14 orang
Perisai asas: 7.62mm AP di sekeliling sehingga STANAG-4569 Tahap 4
Senjata utama: 25mm M242 Bushmaster
Senjata kedua: Mesingan sepaksi 7.62mm
Enjin: Diesel Deutz atau Caterpillar (500-600hp)
Berat: 10,000 hingga 24,500 kg
Jarak operasi: 1,000 km
Kelajuan: 100 km/j
Angkatan Tentera Darat Malaysia bakal memiliki 500 buah kereta perisai buatan Turki dari pelbagai model sebanyak 12 variasi termasuk dilengkapi meriam ringan, sistem peluru berpandu anti kereta kebal, pembawa mortal dan ambulan.

PESTA MAKAN AISKRIM

Anak & anak-anak buah aku berpesta makan aiskrim di Genting Highland. Dia orang ni tak kira sejuk-sejukpun belasah aiskrim jugak...

07 Mei 2010

LORI UNTUK DISEWA

Muatan  :   3 tan
Lokasi   : Shah Alam
Lokasi Penghantaran   :  Sekitar Lembah Kelang .
Hubungi   :  RK Vellu Enterprise  =  016-3933766

Sesiapa yang memerlukan lori untuk pindah rumah, pindah pejabat atau penghantaran barang-barang lain bolehlah hubungi  En. Vellu seperti nombor di atas.
Harga boleh dirundingkan.

06 Mei 2010

Bendera Malaysia & Selangor

Lihatlah bendera negara Malaysia dan negeri Selangor ini. Dari jauh nampak ok aje.. dan apabila lihat dekat.....
buruknya!! koyak.. beserabai.. Gambar ini diambil di hadapan sebuah kilang di seksyen 22, Shah Alam. Di manakah nilai-nilai kewarnegaraan! Patriotik! Dan cintakan negara. Bagaimana kalau dilihat oleh pelancong-pelancong asing atau pelabur luar? Memalukan.... Apalah salahnya jika bendera itu diganti apabila sudah kelihatan usang. Harganya bukan mahal manapun, cuma beberapa ringgit sahaja. Mungkin pemilik syarikat ini terlalu kedekut.. tangkai jering. Apapun, sesuatu tindakan harus diambil oleh pihak berkuasa terhadap pemilik-pemilik syarikat atau sesiapa saja yang melakukan perkara yang tidak bermaruah ini.

05 Mei 2010

Belajar Berniaga

Ini adik ipar aku (yg tengah tu), tengah sibuk nak buka gerainya di karnival sukan kat sekolah keb ss19 subang jaya. Saje je dia  suka-suka berniaga, nak belajar berniaga katanya.
Walaupun sekarang gajinya lebih besar dari gaji aku, dia tetap mahu cari duit lebih. Mane la tahu satu hari nanti jadi usahanita yang berjaya pula. Masih solo lagi ... sesiapa yang berminat boleh contact aku tapi yang bujang aje, Yang dah berbini atau duda. minta maaf boleh jalan!

04 Mei 2010

Cuti - medical leave

Hari ini aku cuti (mc) sebab batuk aku tak baik-baik lagi dah dekat 2 minggu. Doktor tak ade pilihan terpaksa bagi aku injeksin. Aduhh!! sakitnya.. acah aje, macam gigit semut aje. So.. alang-alang aku kat rumah ni lonely, aku buatle apa yang patut kat blog yang baru aku ni. Blog yang lama aku, HIJABMAYA telah ditutup sebab ada  masalah teknikal dgn nuffnang. Siapa yang kenal/follower blog lama aku HIJABMAYA , dijemput dengan karpet merah untuk terus follow blog baru aku. Ok! kepala dah steam nii, lepas makan ubat..zzzzzzz...

03 Mei 2010

Pasar Malam - Kuala Lumpur



Malam minggu lepas, masa aku lepak kat KL (Lagend Hotel) sempat juga aku merayau-rayau sekitarnya. Maklum le dah lama tak lepak kat sana. Sampai le aku kat pasar malam kat Jln Tg Abd Rahman....
Dah lama jugak aku tak pergi kat sini, bertahun jugak rasanya. Ramainya umat!! sampai nak jalan pun berlaga bahu. Rasanya dulu tempat laluan lebar tapi sekarang dah sempit, mana tidaknya gerai-gerai dah semakin besar. Macam-macam ada jual, best jugak tapi memenatkan sebab jalan dicelah-celah orang . Hari ini sekadar melihat aje, takade nak membelipun...

Hotel Lagend - Kuala Lumpur

   
Petang ni kat hotel, bawa anak mandi kat kolam. Tak sabar-sabar anak aku nak mandi kolam, dah gian agaknya. Tapi kejap aje, hujan turun....

Pizza Hut

Hari ini aku dan famili akan bermalam kat Hotel Lagend, KL. Saje relek-relek nak tenang fikiran dan cari ilham. So dlm perjalanan aku singgah kat pizza hut kat PJ State sebab perut dah lapar lagipun aku dah lama tak makan pizza ni. Sodap!!! lihatlah anak-anak aku.....puh! malu jugak aku, sampai... takpe le..janji diaorang happy. Pada assoyfinger67, nanti bolehlah belanja aku bila dapat duit dari nuffnang ok..