18 Jun 2011

Boikot Astro jika tidak turunkan caj


Syarikat televisyen satelit berbayar, Astro diberi kata dua untuk mengkaji semula kenaikan harga langganannya atau berdepan dengan tindakan boikot secara besar-besaran oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, selain Astro, pihaknya juga bersedia melancarkan boikot terhadap penaja dan syarikat pengiklan dengan syarikat televisyen tersebut.
"Tindakan Astro menaikkan kadar bayaran langganan sehingga RM15 sebulan adalah tidak wajar kerana syarikat itu telah mendapat keuntungan menjangkau RM831 juta setahun.
"Sebanyak RM31 juta daripada jumlah itu merupakan hasil keuntungan daripada iklan yang disiarkan. Malah tindakan mengenakan caj sebanyak RM20 untuk menyambung perkhidmatan Astro juga tidak munasabah kerana ia tidak melibatkan sebarang kerja teknikal, mereka hanya perlu menekan satu butang sahaja," katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.
Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuat kuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.



17 Jun 2011

Siti Nurhaliza Sudah Masuk Askar Wataniah


Sebelum ini yang mengatakan Dato Siti Nurhaliza akan menyertai wataniah, kini beliau sudahpun mengotakannya setelah menghantar borang penyertaan dan menerima seragam anggota berkenaan. Tetapi yang bagusnya, bukan Dato Siti sahaja, beberapa selebriti lain juga menyertai badan tersebut diantaranya Shaheizy Sam, Intan Ladyana, David Teo, Ana Raffali dan Aizat. Menurut Dato Siti beliau pernah terlibat dalam latihan lasak ketenteraan untuk sebuah program. Jadi harap Dato Siti dapat menyesuaikan diri hidup di dalam alam tentera ya.
Lain pula dengan pelakon popular 2010 ni, Shaheizy Sam. Katanya, menyertai askar wataniah adalah bagi menunaikan cita-cita arwah ayahnya kerana sebelum ini ayahnya memang menggalakkan dia menyertai bidang berkenaan sementara boleh mempelajari lebih banyak ilmu ketenteraan yang sememangnya  menyeronokkan.
Tahniah untuk semua selebriti yang menyertai anggota wataniah, mereka memang patut dipuji kerana mungkin dengan cara ini lebih ramai lagi rakyat malaysia berminat untuk menyertai wataniah.

Jepun temui radioaktif pada paus



 Pemburu paus di Jepun menemui kesan-kesan bahan radioaktif caesium dalam badan dua ekor mamalia raksasa tersebut yang ditangkap baru-baru ini di perairan negara ini di Lautan Pasifik.
Dua ekor paus jenis minke yang ditangkap dekat pulau Hokkaido, utara Jepun menunjukkan bacaan 31 becquerel dan 24.3 becquerel caesium sekilogram, kata seorang pegawai agensi perikanan hari ini.
Puncanya dipercayai daripada kebocoran bahan radioaktif di loji nuklear Fukushima, katanya.
Paras itu masih jauh di bawah had selamat maksimum yang ditetapkan baru-baru ini bagi makanan laut iaitu 500 becquerel sekilogram.
Air radioaktif dari loji nuklear Fukushima Daiichi bocor ke Lautan Pasifik sejak dilanda gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu, yang merosakkan sistem pendingin lalu mencetuskan kecairan reaktor dan letupan.
Rakyat Jepun dan pakar hidupan laut melahirkan kebimbangan bahan radioaktif di laut boleh berkumpul dalam badan haiwan marin yang besar dan hidup lama. 


16 Jun 2011

Usop Wilcha Kini Krew Hot FM


FAIZAL Ismail, Usop Wilcha dan Fara Fauzana akan menggegarkan pagi anda dengan keletah mereka menerusi Hot FM AM Krew.


SELAMA lima tahun beroperasi, stesen radio popular, Hot FM telah berjaya menempatkan diri mereka sebagai salah sebuah stesen yang diminati ramai.
Populariti yang dikecapi oleh stesen yang bernaung di bawah Media Prima Berhad (MPB) itu pernah melayakkan mereka untuk merasai gelaran sebagai stesen radio nombor satu negara.
Meskipun hanya sempat merasai nikmat kejayaan itu hanya untuk seketika sahaja, namun ia bukan satu halangan buat Hot FM untuk terus memantapkan lagi kandungan program agar peminat terus setia bersama mereka.
Seperti mana yang pernah dikatakan Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio MPB, Seelan Paul sebelum ini, Hot FM bukan mahu berlumba-lumba untuk meletakkan diri mereka sebagai nombor satu.
Tetapi, apa yang penting bagi mereka adalah untuk memberikan kepuasan maksimum kepada pendengar setia yang tidak pernah berhenti menyokong Hot FM sejak lima tahun lalu.
Salah sebuah program yang cukup popular di kalangan pendengar setia radio itu adalah Hot FM AM Krew yang kini ke udara setiap hari Isnin sehingga Jumaat dari pukul 6 sehingga 11 pagi.
Sekadar menyingkap sejarah, untuk tiga tahun pertama, ia dikendalikan secara berdua oleh Fara Fauzana dan Faizal Ismail.
Ternyata populariti segmen pagi itu telah melonjakkan karier seni kedua-dua personaliti itu sehingga berjaya menjadi penyampai radio paling popular lewat ini.
Demi memantapkan lagi Hot FM AM Krew, Hot FM sebulat suara menambah seorang lagi ahli keluarganya iaitu Muhammad Azmir Selamat atau lebih dikenali sebagai AG.
Tidak puas melihat segmen itu dikendalikan secara bertiga, Hot FM telah melamar seorang personaliti yang cukup popular untuk memantapkan lagi segmen pagi yang diminati ramai.
Bermula hari ini (16 Jun), Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalulail atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha sah menjadi ahli keluarga terbaru Hot FM.
Pastinya dengan kehadiran Usop Wilcha yang digelar Abang Usop di kalangan kakitangan Hot FM itu akan menggamatkan pagi pendengar setia Hot FM apabila akan digandingkan bersama Fara, Faizal dan AG.

15 Jun 2011

Ron 97 Turun 10 Sen




Berkuatkuasa tengah malam ini, harga petrol Ron 97 akan turun 10 sen, menjadikan harga baru bahan bakar itu RM2.80 seliter.

Menurut sumber, penurunan 10 sen pada harga petrol Ron 97 selaras dengan harga pasaran semasa.

Harga Ron 97 dinaikkan 20 sen pada 4 Mei lalu.

Bagaimanapun harga petrol Ron 95 kekal tidak berubah pada RM1.90 seliter.

Airbus bina pesawat kabin telus untuk tahun 2050


 

ILUSTRASI konsep pesawat masa depan yang diterbitkan oleh Airbus kelmarin, menunjukkan kabin telus, membolehkan penumpang melihat pemandangan di sekeliling ketika terbang merentasi udara. Pesawat ini dijangka beroperasi pada 2050.

 Syarikat pengeluar pesawat, Airbus mempamerkan reka bentuk konsep bagi pesawat masa depan dengan kabin yang telus supaya penumpang dapat melihat pemandangan di sekeliling ketika terbang merentasi udara.
Pesawat yang dilengkapi membran dinding kabin 'pintar' dan permainan interaktif itu dijangka mula beroperasi pada 2050.
Konsep futuristik bagi perjalanan udara dalam tempoh 40 tahun akan datang itu didedahkan di sini semalam oleh Airbus dan pastinya akan menggerunkan mereka yang sudah sememangnya takut menaiki penerbangan.
Kabin kelas pertama, perniagaan dan ekonomi digantikan dengan zon-zon untuk bersantai di depan, bekerja di belakang, dan sebuah bar serba lengkap untuk bersosial.
Penumpang akan dapat melihat pemandangan di sisi dan depan mereka, kerana itu penutup mata mungkin perlu dipakai semasa berlepas dan mendarat.
Dinding pesawat berubah mengikut keadaan cahaya manakala paparan permainan holografik dan kemudahan hiburan dalam penerbangan menggunakan kuasa yang dijana dengan haba tubuh penumpang.
Kabin konsep itu merupakan struktur bionik yang meniru kecekapan tulang burung, dakwa Airbus.
Ia akan memberikan kekuatan di mana perlu, di samping membolehkan pemasangan membran dinding kabin 'pintar' yang mengawal suhu udara dan boleh dijadikan telus supaya penumpang menikmati pemandangan panorama yang terbuka luas.
Kabin masa depan itu menyusuli pesawat konsep yang dipamerkan oleh Airbus pada tahun lepas, dilengkapi pelbagai teknologi untuk mengurangkan penggunaan bahan api, pengeluaran asap, pembaziran dan bunyi.
Penyelidikan menunjukkan penumpang pada 2050 mengharapkan pengalaman perjalanan yang lancar sambil mengambil berat tentang alam sekitar dan kabin konsep itu direka dengan tujuan itu.

Dasar gaji minimum dilaksana


Najib Tun Razak menyampaikan cenderamata penghargaan kepada G. Rajasekaran sebagai menghargai jasa beliau sepanjang berkhidmat dengan MTUC selepas merasmikan portal aduan pekerja yang digerakkan oleh Pemuda UMNO pada Majlis Makan Malam sempena Hari Pekerja 2011 di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor, semalam.


 Pelaksanaan gaji minimum untuk golongan pekerja berpendapatan rendah di negara ini dijangka dapat dibuat sebelum akhir tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Untuk itu, menurut Perdana Menteri, Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.
"Jika diluluskan, kita akan menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara dan diharap gaji minimum dapat dilaksanakan sebelum akhir 2011.
"Umpamanya soal umur persaraan, elaun sara hidup (COLA) dan pekerja asing, ini semua persoalan yang wajar diperhalusi secara mendalam agar keputusan nanti mendatangkan kebaikan kepada semua pihak," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Makan Malam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sempena Hari Pekerja 2011 di sini malam ini.

Najib menambah, pihak pekerja, majikan dan kerajaan di negara ini perlu bekerja sebagai satu pasukan dan mengelakkan perbalahan terbuka sesama sendiri seperti yang kerap berlaku dalam era 60-an dan 70-an dahulu.
Katanya, ini bagi memastikan setiap permasalahan dapat diselesaikan dengan bijak seterusnya memastikan Malaysia berjaya mencapai wawasan menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020.
"Ini untuk melihat ketiga-tiga pihak ini sebagai satu pasukan dalam erti kata dapat bergabung, jalin dalam satu perkongsian dan apabila saya sebut perkongsian, tidak bererti kita tidak boleh mempunyai perbezaan pendapat," jelasnya.
Sementara itu, Mohd. Khalid dalam ucapannya berkata, kehadiran Najib pada majlis itu adalah penghargaan terbesar kepada MTUC kerana julung-julung kalinya ia dihadiri oleh seorang Perdana Menteri sejak MTUC ditubuhkan.
Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Portal Aduan Pekerja yang digerakkan oleh Pemuda UMNO dengan kerjasama MTUC.

Perdana Menteri juga menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada bekas Setiausaha Agung MTUC, G. Rajasekaran atas sumbangannya kepada kongres tersebut selama ini.

14 Jun 2011

Pengguna Telefon Prepaid Pun Kena Tax 6 Peratus

Dulu, masa cukai yang dikenakan hanya 5%, pihak telekomunikasi berbesar hati untuk menyerap kos tersebut untuk pelanggan bagi pengguna telefon prepaid. Tapi, sejak diumumkan bahawa cukai naik 15 kepada 6%, akhirnya pihak telekomunikasi dah tak boleh nak serap lagi.Cukai tersebut sekarang dibebankan pula kepada pengguna telefon prepaid bermula Julai ini.
Untuk pengguna telefon postpaid, memang cukai tersebut dah dikenakan.Dengan pengguna yang semakin bertambah dan juga persaingan yang kompetetif, penyerapan nilai cukai untuk pengguna prepaid telahpun menjadi satu beban yang besar bagi korporat telekomunikasi.
Kita tahu bahawa, terdapat 3 syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Digi, Celcom dan juga Maxis.Jumlah pengguna talian prepaid adalah 43%, merangkumi ketiga-tiga syarikat telekomunikasi terbabit iaitu sebanyak 13.2 juta orang..Dengan Digi mewakili hampir 83% untuk pengguna prepaid, dan cuma 23% bagi Celcom (AXIATA) dan Maxis.
Sekiranya setiap pengguna prepaid mengisi purata RM 40 setiap bulan, jualan prepaid menjangkaui RM 6.3 bilion sebulan.Memang banyak!.Dan daripada jumlah besar tersebut, selama ini syarikat telekomunikasi mensubsidi hampir RM 378 juta sebulan hanya untuk menyerap kos cukai yang dikenakan kerajaan.
Oleh kerana jumlah yang tersangat besar itu,syarikat telekomunikasi gergasi yang ada, sudah tidak mampu lagi untuk menyerap cukai tersebut setelah dinaikkan lagi sebanyak 1% oleh kerajaan bermula 1 Januari 2011 lalu.Jadi, terpaksalah sekarang, pengguna telefon prepaid menyerap kos tersebut.
Bagi yang selama ini pakai talian postpaid, mungkin dah terbiasa dengan caj cukai ini, namun kalau yang selama ini menggunakan prepaid, mungkin akan ada terasa kesannya.Yelah, selepas ini, kalau beli topup RM 10, baki yang tinggal dah jadi RM 9.40.Nampak macam sikit, tapi kalau dah 13.2 juta orang, dah berapa banyak pula.

Fonomena Gerhana Bulan Penuh - Boleh disaksikan Khamis ini

 Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara pukul 1.25 pagi sehingga 6.59 pagi pada Khamis ini (16 Jun).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, sehubungan itu semua masjid dan surau disaran mengadakan solat sunat khusuf berserta khutbah gerhana.
"Ibadah sunat ini seharusnya dapat ditunaikan sebaik mungkin kerana fenomena ini jarang-jarang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Othman berkata, masjid-masjid utama seperti Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada pukul 3 pagi.
Selain itu, aktiviti cerapan akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya dengan kerjasama agensi luar iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Gempa bumi lemah melanda Kalimantan 5:12 petang

14/06/2011 

Gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter menggegarkan daerah Tongod, Sandakan, Sabah pada pada pukul 5.21 petang.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gempa itu berpusat di 5.3km utara, 117.3km timur dan 76km dari barat daya Beluran, Sabah.
Tiada gegaran dirasai di tempat-tempat lain akibat gempa itu, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini.
Beberapa kawasan di sekitar ibu negara, Putrajaya, Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan mengalami gegaran pagi ini ekoran insiden gempa bumi yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia.
Gempa bumi bermagnitud 5.5 pada skala Richter di Sumatera Utara dikesan pada pukul 8.08 pagi ini, manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi.

12 Jun 2011

KEPUTUSAN AKHIR AF9



 Akademi Fantasia 9 telah melabuhkan tirainya pada malam ini...dan secara rasminya menamatkan legasi Akademi Fantasia selama 9 tahun. Konsert akhir yang berlangsung di Dataran Putrajaya, Precinct 3,  menemukan 4 orang peserta, FinaHazamaLena dan Azri

 Ini adalah keputusan rasmi konsert AF9 yang sudah diketahui:



JUARA: HAZAMA
NAIB JUARA: LENA
KETIGA: FINA


KEEMPAT: AZRI

10 Jun 2011

Kebakaran ancam 3 bandar di Arizona



PHOENIX: Kebakaran hutan di Arizona dipercayai berpunca daripada kecuaian sekumpulan penduduk yang berkhemah terus marak buat hari ke-11 kelmarin, memaksa beribu-ribu penduduk lari selain menyebabkan sebuah bandar hangus dan kawasan hutan pokok pain seluas 1,550 kilometer (km) persegi rentung. 

Kebakaran itu adalah yang kedua terburuk dalam sejarah Arizona membabitkan pusat percutian pergunungan Greer yang dikosongkan beberapa hari sebelum api tiba, kata pegawai kepada wartawan di bandar berdekatan, Springerville. Pegawai bomba, Kapten Jim Wilkins, berkata masih terlalu awal untuk menyatakan berapa banyak daripada beratus-ratus kediaman yang musnah tetapi menyatakan: “Kami tahu kebakaran itu membakar hangus sebahagian besar kawasan berkenaan.” 

Awalnya, pihak berkuasa mengarahkan semua penduduk Springerville dan Eager berpindah. 

Dua bandar itu yang berdekatan sempadan New Mexico mempunyai 8,000 penduduk. 

Selain itu, seramai 2,000 lagi penduduk sudah diarah keluar dari kawasan berkenaan sejak dua hari lalu tetapi ada yang dibenarkan tinggal buat sementara. 

Sekurang-kurangnya 11,000 lagi penduduk sudah dipindahkan dari kawasan White Mountains, sebuah tempat percutian popular bagi warga Arizona yang mahu mengelak daripada cuaca panas, selepas api mula merebak 29 Mei lalu. 

Kebakaran itu belum dapat dipadamkan 2,000 anggota bomba tetapi tiada penduduk yang maut atau cedera setakat ini manakala kerugian struktur hanya membabitkan 11 bangunan, empat daripadanya kabin, kata pegawai. 

Pegawai New Mexico juga melakukan persediaan menghadapi kebakaran itu yang kini sejauh lebih satu kilometer dari negeri itu. 

Angin yang membantu api merebak dijangka kembali menjadi faktor besar menyukarkan kebakaran dipadamkan kerana diramal mencapai kelajuan 68 kilometer sejam lewat kelmarin. 

“Kebakaran ini amat besar dan kuat. Kami belum dapat mengawalnya,” kata pegawai penerangan, Brenyn Lohmoelder. 

Anggota bomba turut terancam kerana api boleh tiba-tiba marak kerana daun pokok yang masih terbakar dibawa angin ke kawasan baru, kata pegawai bomba, Jim Whittington. 

04 Jun 2011

Bir Halal. di mana kewajarannya..


 Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus. Katanya Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam. “Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam diRaja Malaysia (KDRM) untuk mendapatkan maklumat lebih jelas,” kata Jamil Khir kepada pemberita. Akhbar semalam melaporkan mengenai penjualan ‘bir halal’ di pasaran yang semakin popular di kalangan umat Islam dan dikesan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini. Akhbar berbahasa Melayu yang memetik satu sumber berkata, JAIJ mengambil contoh minuman itu untuk diuji di makmal dan hasilnya mendapati bir tersebut dihasilkan dari pelbagai perisa buah-buahan mengandungi 0.5 peratus alkohol. JAIJ kemudian memaklumkan kepada JAKIM dan KDRM supaya mengambil tindakan sewajarnya termasuk menghentikan penjualannya jika perlu. Akhbar itu turut memetik Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsuddin sebagai berkata bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus. Katanya ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semulajadi. Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol. “Dalam keadaan tidak pasti, saya ingin menasihatkan umat Islam berhenti meminum minuman itu supaya tidak terperangkap dalam situasi yang mengelirukan,” kata Jamil Khir…..


Kenapa ada istilah 'bir halal', lebih-lebih lagi dalam umat Islam. Kita dari kecil lagi telah diajar dan dididik bahawa apabila disebut 'bir' tentu diketahui haram untuk diminum. Oleh itu biarlah bir itu tetap haram supaya tidak mengelirukan umat Islam.