17 April 2011

Hentian Pudu Raya Berwajah Baru



Hentian Puduraya beroperasi semula setelah hampir 14 bulan ditutup untuk kerja-kerja naik taraf menampilkan pelbagai kemudahan kepada orang ramai.
Kini tiada lagi asap bas yang menyesakkan nafas dan bahang yang memerah peluh.
Hentian itu kini dilengkapi sistem pendingin hawa di setiap lokasi, surau yang lebih besar serta menampilkan persekitaran yang lebih ceria.
Kemudahan lain ialah ialah bilangan kerusi dan tandas yang lebih banyak, kemudahan lif, eskalator serta skrin paparan maklumat di kesemua bangunan empat tingkat itu bagaikan balai berlepas di lapangan terbang.
Selain itu, pelbagai kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) juga disediakan.
Berdasarkan Laporan Kerja-Kerja Naik Taraf Dan Penambahbaikan Hentian Puduraya oleh Uda Holdings Berhad, Hentian Puduraya menyediakan sebanyak 1,914 buah kerusi dan 20 buah platform bas.
Ia turut dilengkapi sebanyak 87 unit tandas termasuk yang dibina khusus untuk OKU selain kemudahan lif dan eskalator bagi memudahkan pergerakan orang ramai.
Dua pusat kaunter maklumat dan sebanyak 22 skrin paparan maklumat di beberapa lokasi strategik juga disediakan.
Bagi memastikannya mesra pengguna, bangunan itu turut menyediakan kemudahan untuk menukar lampin bayi, surau yang boleh menunaikan solat Jumaat serta ruangan khas untuk perokok.







Cikgu Shida - Miming Video


Cikgu Shida ni memang sudah jadi kontroversi dan fenomena baru melalui video-video miming beliau yang membuat kita tersenyum dan tergelak. 
 Nama penuh beliau adalah Roshida Binti Abd Aziz. Lahir pada 21 April 1972. Umur dia adalah dalam kurang 38 tahun. Mengajar di  Sekolah Kebangsaan Pulau Padang, Perak. 
 Macam-macam lagu dah jadi mangsa miming Cikgu Shida. Dari lagu Anuar Zain, Lagu Siti dan sampai lagu kalau berpacaran tu pun kena gak. Pendek cerita, ramai yang terhibur dan tak kurang juga yang menyampah.
 Dia kreatif. Dari segi editing, make up dan segalanya dia buat sendiri. Pendek cerita, dia unik dan berbakat dalam hobi yang dia minat. Tak hairan orang hairan dan pelik tengok cikgu Shida ni. Lagipun, tak semua cikgu-cikgu sekolah yang tahu nak upload video atau buat miming kat internet.
 Cikgu Shida pernah mendapat tawaran interview dari Kosmo, undangan dari Siti Nurhaliza, terlibat dalam rancangan FBI oleh Faizal Ismail di TV9 dan banyak keluar surat khabar dan kini muka hadapan Metro Ahad. Pendek kata, dah tahap artis pulak cikgu Shida ni. 
Lihat sahaja le antara video beliau ini...






Kenderaan Menggunakan Kayu Api Ganti Petrol


Terbaca di Kosmo hari ini yang menarik perhatian aku, kenderaan yang menggunakan kayu api iaitu sistem wap. Sekarang ini harga petrol amat mahal dan akan naik lagi, pasti!
Cuba bayangkan jika ada kenderaan di Malaysia yang menggunakan cara ini, dibuat lagi kemas dan dikomersialkan.
Tentu menarik dan tak perlu guna petrol lagi tapi cukupkah kayu di Malaysia. Tentu harga kayu api (Kayu getah) akan naik harga pulak.



TRAK El kamina yang menggunakan kayu api sebagai bahan bakar.



HELSINKI - Tidak tahan dibebani harga petrol yang melambung tinggi, seorang lelaki di Finland mengubah suai sebuah trak pikap miliknya bagi membolehkan kenderaan itu bergerak dengan menggunakan kuasa kayu api, lapor sebuah akhbar semalam. 
Setelah mengalami pengubahsuaian, enjin V6 trak jenis Chevrolet milik Juha Sipila kini dijana asap daripada dapur kayu api yang dipasang di belakang trak tersebut. 
Pada kapasiti penuh, dapur tersebut boleh diisi dengan kayu api yang mencukupi untuk menggerakkan trak itu sejauh 1,280 kilometer. 
Lelaki itu mendakwa, traknya boleh mencapai kelajuan maksimum 144 kilometer sejam dan dia menamakan kenderaannya El Kamina yang bermaksud dapur dalam bahasa Finland. 
Teknologi dapur kayu itu yang pertama kali digunakan pada kenderaan semasa kekurangan bekalan petrol ketika Perang Dunia Kedua, didapati lebih mesra alam berbanding enjin petrol atau diesel. - Agensi

05 April 2011

Adenovirus Jangkiti Pula Pelatih 'Pusasda' Port Dickson


Para pelatih tentera menjalani pemeriksaan Di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson

 Kementerian Pertahanan semalam mengesahkan beberapa pelatih konstabel polis di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Teluk Kemang pula disyaki dijangkiti tiga virus berlainan iaitu Adenovirus, Influenza A (H1N1) dan Leptospirosis.
Seramai 10 pelatih di Pusat Latihan Polis Port Dickson yang menjalani latihan di Pusasda itu disyaki dijangkiti virus berkenaan.
Daripada jumlah itu seramai tiga pelatih konstabel polis disahkan positif dijangkiti Adenovirus, seorang positif Leptospirosis dan empat lagi pelatih positif H1N1.
Lima orang lagi perajurit muda tentera pula mengalami demam kerana suhu badan melebihi suhu 38 darjah celcius.
Wabak terbabit mula dikesan pada 30 Mac lalu apabila seramai 38 orang pelatih di pusat latihan itu jatuh sakit sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson (HPD).
Semua mereka yang disyaki dijangkiti virus berkenaan kini dirawat di HPD manakala para pelatih yang menunjukkan tanda-tanda dijangkiti pula diasingkan di satu blok khas.
 Ekoran masalah virus itu, para pelatih di pusat latihan berkenaan diberi cuti selama tiga hari bermula semalam manakala latihan untuk pelatih perajurit muda diteruskan.

04 April 2011

Kos Menunaikan Haji Kekal



 Kos menunaikan ibadat haji di tanah suci Mekah tahun ini kekal iaitu sebanyak RM9,980 seperti tahun lepas bagi setiap jemaah.

Pengekalan kos itu secara tidak langsung membabitkan tambahan subsidi oleh kerajaan untuk setiap jemaah sebanyak RM4,360 berbanding RM3,060 tahun lalu.

Tambang tersebut hanya untuk jemaah yang pertama kali menunaikan haji sahaja.
Bagi mereka yang pernah menunaikan haji perlu membayar tambang penuh iaitu RM14,340 kerana dikecualikan mendapat subsidi. Ini sebagai memberi peluang mereka yang pertama kali ingin menunaikan haji.

Di sebalik peningkatan kos pengangkutan, makan minum dan penginapan di tanah suci, kerajaan tetap menimbangkan terutamanya keperluan pendeposit haji yang berusia dan berharap menunaikan haji.

Ia juga mengambil kira prestasi pencapaian Tabung Haji  'TH' yang mampu mengendalikan dengan sebaik mungkin urusan ini serta keuntungan yang diperoleh pada 2010. Jadi TH mengekalkan tambang haji tahun terdahulu.

Kos sebenar tersebut juga masih rendah berbanding negara jiran seperti Singapura sebanyak RM16,000, Brunei (RM17,000), Thailand (RM14,000) dan Indonesia RM10,000 hingga RM14,000.

Dianggarkan lebih 500,000 pendeposit TH memohon untuk mengerjakan haji pada tahun ini.
Semua ini bergantung kepada kuota yang akan dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi nanti.
Namun TH akan berusaha memohon kuota sebanyak mungkin tetapi masih dalam lingkungan kemampuan TH menguruskannya demi keselesaan jemaah mengerjakan ibadat itu kelak.

A Doctor in The House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad Dapat Sambutan Yang Menggalakkan



Buku hasil karya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat sambutan yang amat menggalakkan  iaitu buku memoirnya yang bertajuk A Doctor in The House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad, di mana 25,000 naskah sudahpun terjual dalam minggu pertama pelancarannya.


Syarikat penerbit buku itu, MPH Group Publishing, merancang untuk menterjemah memoir tersebut ke dalam versi Bahasa Malaysia dan Mandarin untuk mencapai sasaran pembaca yang lebih luas.


Versi Mandarin akan mula dijual pada bulan Ogos manakala versi Bahasa Malaysia dijangka hujung tahun.


Buku tersebut telah terjual kira-kira 40,000 naskah  sejak ia mula dilancarkan pada 8 Mac lepas sehingga kini.


Cetakan kedua 25,000 naskah akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu lagi, namun ia akan melalui sedikit perubahan dari segi foto dan kandungan fakta.



Anugerah Bintang Popular 2010 - Keputusan Penuh



Keputusan penuh ABPBH 2010:

1. Artis Duo/Berkumpulan Popular – Sixth Sense 
2.Pelakon TV Wanita Paling Popular – Fasha Sandha 
3. Penyampai Radio Popular – Faizal Ismail 
4. Artis Komedi Wanita Popular - Noor Khiriah 
5. Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani 
6. Pengacara TV Lelaki Popular-Aznil Haji Nawawi 
7. Artis Baru Lelaki Popular – Shahir
8. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
9. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak 
10. Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
11. Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan 
12. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato Rosnani Jamil
13. Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir
14. Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani 
15. Artis Mobile Popular – Sixth Sense
16. Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
17. Pelakon Filem Lelaki Popular -Shaheizy Sam
18. Penyanyi Wanita Popular - Yuna

19. Bintang Paling Popular ABPBH2010 – Shaheizy Sam 

Shaheizy Sam, 29, meraih 126,168 undi memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir.
Beliau turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi.


02 April 2011

Harga Petrol Ron 97 Naik Lagi !!


Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen bermula 2/4/2011.  Ini menjadikan harganya RM2.70 seliter dari harga sebelum ini ialah RM2.50 seliter.
Kali terakhir ia dinaikkan pada Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu yang menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.

Nampaknya harga minyak ni naik dan naik lagi. Walaupun tidak ramai yang menggunakan      Ron 97 ini namun ia akan tetap memberi impak kepada kenaikan harga barang-barang.
Walaupun kerajaan cuba untuk mengekang kenaikkan harga barang namun ianya tidak akan menyeluruh, berkesan dan berterusan. Lantas kita kena bersedia dengan tsunami kenaikan harga barang....

01 April 2011

Hotel Ritz-Carlton Hong Kong - Hotel Tertinggi Di Dunia



HONG KONG - Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi hotel paling tinggi dan bangunan keempat tertinggi di dunia selepas dibuka kepada orang awam kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Hotel yang berada di tingkat 102 ke-118 di Pusat Perdagangan Antarabangsa (ICC) itu mempunyai 312 buah bilik. Ia menawarkan pemandangan bandar dan pelabuhan, selain menyediakan kemudahan seperti pusat beli-belah seluas 93,000 meter persegi, enam buah restoran, spa dan kolam renang.
Menurut Presiden rangkaian hotel mewah itu, Herve Humler, Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi sebuah mercu tanda kepada kemuncak kejayaan selepas kerja keras selama bertahun-tahun.
"Kami mampu merealisasi sebuah hotel yang betul-betul hebat. Jadi kami mengalu-alukan tetamu bukan sahaja ke hotel yang tertinggi di dunia, malah hotel yang terbaik," katanya.
Selain itu, Ritz-Carlton telah meletakkan rasa mewah ke tahap yang baru dalam semua aspek. Menara hotel itu juga kelihatan jauh lebih tinggi daripada bangunan sekelilingnya. - Agensi

Maharaja Lawak - Temukan Raja-Raja Lawak

Program Maharaja Lawak akan memulakan siaran mulai 1 April ini pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132). Peserta akan bertanding untuk merebut hadiah sebanyak RM300,000 sekaligus dinobatkan sebagai raja segala raja.

Hadiah
Juara – Wang tunai RM300,000
Naib Juara – Wang tunai RM200,000
Tempat Ketiga – Wang tunai RM100,000

Sistem Undian
50% Juri
50% SMS

Rancangan ini mengumpulkan semua juara lawak akan bertanding semula untuk merebut gelaran maharaja lawak sekaligus berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM300,000.R
Siapa pula pilihan anda?….nantikan 1 April ini pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna saluran 132.

Maharaja Lawak bakal menggegarkan isi perut anda semua yang dahagakan lawak setelah berakhirnya Rajalawak musim ke 5. Kali ini beberapa otai lawak yang pernah menjadi juara rajalawak untuk semua musim akan dihimpunkan untuk diuji betapa hebat dan yang paling mantop. Kesemuanya seramai 12 orang peserta iaitu:



























Spiderman Takluki Burj Khalifa, Dubai


Robert Alain (Spiderman)
 
DUBAI - Pemanjat nekad dari Perancis, Alain Robert berdepan cabaran terhebatnya apabila memanjat binaan setinggi 828 meter yang merupakan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa.
Pemanjat Perancis, Alain Robert (dalam bulatan), memanjat bangunan Burj Khalifa
 setinggi 828 meter di Dubai 
Halangan angin kencang menyebabkan Robert, 48, tiba di puncak Burj Khalifa lewat 
beberapa jam daripada jadual asalnya.

Mendapat jolokan Spiderman kerana kehebatannya memanjat, dia mengambil masa sekitar enam jam untuk memanjat bangunan setinggi lebih 160 tingkat itu dengan menggunakan tali dan abah-abah seperti yang ditetapkan oleh penganjur.

"Sebenarnya, saya berdepan tekanan yang besar kerana mereka memasang semuanya untuk saya di sini. Terdapat sebuah skrin gergasi setinggi 50 meter dan sepanjang 30 meter. Saya sedar saya menjadi tumpuan orang ramai dan faktor tersebut memberi tekanan kepada saya," kata Robert sebelum mula memanjat.

Dia memanjat bangunan seawal usia 12 tahun apabila terpaksa memanjat untuk masuk ke dalam apartmen setinggi lapan tingkat milik keluarganya selepas tertinggal kunci rumah.

Kapal Selam Negara, KD Tunku Abdul Rahman Dan KD Tun Abdul Razak - Kos Selenggara RM50 Juta Setahun


 Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dianggarkan RM50 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. 
Katanya kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti. 
Kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu, telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd. 
Kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun. 
Penyelenggaraan (setiap satu kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakan aset itu pada bila-bila masa. 
Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol. 
KD Tunku Abdul Rahman tiba di perairan Malaysia pada September 2009 dari Perancis manakala kapal selam kedua negara, KD Tun Razak tiba di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Teluk Sepanggar, Sabah pada Julai, 2010.