18 Februari 2011

Suasana malam di Krabi, Thailand

 Deretan kedai-kedai menjual pelbagai barangan umpama cenderahati, baju, bag, kasut, kedai makan, pub  dan pelbagai lagi termasuklah tempat massage

 Boleh dikatakan majoriti pelancung di sini adalah 'orang putih'


 Aku... merakamkan gambar kenangan di sini

 La.. sian minah ni, jalan sampai sakit lutut kerana deretan kedai di sini terlalu panjang

12 Februari 2011

Hatyai-Krabi @ Thailand part 1

Cuti yang lalu aku telah bercuti sakan kerana destinasi aku kali ini agak jauh (jauh sebab naik bas), nun jauh di Thailand. Mengikuti rombongan Kelab Sukan Sunway memang menyeronokkan apatah lagi percutian ini semuanya 'include' kecuali duit shopping le..

 Di hadapan kedai bebas cukai di Bukit Kayu Hitam


 Nora Plaza, di Hatyai. Tempat jual barang-barang kulit.

 Dengar taklimat di kilang madu. Katanya lebah yang dibela di sini hanya menghisap madu dari bunga popi. Jadi tinggi khasiatnya ...

 Menjamu selera di Restoran Hamid, Hatyai, perut lapar sangat masa ni, santap....

 Tunggu bot panjang untuk ke Pulau James Bond dan Phang Nga Bay national park

 Menaiki bot panjang yang boleh memuatkan 40 orang, satu bas tu !

 Cantiknya permandangan di sini

 Bot pelantar untuk menaiki kayak untuk meronda sekitar pulau

 Yang bestnya naik kayak ni tak payah dayung sendiri sebab ada orang yang mendayungnya. So rilek dan menikmati panorama yang indah

 Memasuki gua melalui pintu gua yang kecil, terpaksa tundukkan kepala..

 Di dalam antara gua 

 Menyusuri hutan bakau..

 Ada pulak yang berniaga kat celah-celah hutan bakau ni.
Air kelapa 40 bath satu biji (RM4 je)


 Sian pak cik kat belakang tu mendayung, bawak 3 orang lak tu..

 Berposing kat pulau James Bond

 Pulau James Bond ni mendapat namanya kerana filem James Bond pernah membuat pengembaraannya di sini

Pulau yang dulu terasing kini menjadi tumpuan pelancong dan banyak gerai-garai cenderahati di sini gara-gara filem James Bond