30 Disember 2010

Majlis Perkahwinan @ Star Fresh Agro Park, Kuala Pilah


Hari minggu lalu aku ada jemputan majlis perkahwinan kat Kuala Pilah.So dengan rasa terujanya aku pegi le sebab dia tak buat majlis itu kat rumah tapi dia buat kat Star Fresh Agro Park. Kat Kuala Pilah jugak, jalan lama Bukit Putus sebelum sampai Ulu Bendul. Aku pun dah lama tak lalu kat sini, tak tahu pulak dah ada jalan baru.



Pintu gerbang Star Fresh Agro Park

Ada nyanyi karaoke.. mamat ni nyanyi garu kepala lak, lupa lirik kot. Aku bakat terpendam, nyanyi dalam bilik air aje.. he.. he..

Inilah hidangan yang aku hendak santap.Rasanya.. ok le.

Ketibaan rombongan dari pihak sebelah perempuan

Aku yang posing maut dan kontrol hensemm. He he.. hensem ke?
Perut pun dah kenyang, apa lagi, balik le...

26 Disember 2010

Berkhatan-Alam Dewasa


Seramai 22 kanak-kanak telah menyertai Program Berkhatan Perdana di Bandar Saujana Putra anjuran Persatuan Penduduk dengan kerjasama surau-surau serta ditaja oleh Rukun Tetangga.
Kanak-kanak sedang dimandikan dengan semburan dari pihak bomba yang dipanggil dari balai Puchong dan Cyberjaya. Sebelum ini mereka telah diarak dengan paluan kompang mengelilingi Bandar Saujana Putra.

Inilah wajah-wajah kanak-kanak yang sedang menunggu giliran. Perasaannya... tentulah berdebar-debar. Tapi tengok muka diorang ni macam rilek aje...

22 Disember 2010

Strawberry di Genting Highland

Selama ini yang aku tahu dan popularnya buah strawberry ni kat Cameron Highland. Dan setiap kali aku pegi ke Cameron H.land tempat yang mesti aku pegi ialah kebun strawberry. Lagipun kat sana dah melambak kebun strawberry ni.
Tapi semasa aku turun dari Genting H.land hari tu, aku terpandang signboard 'Strawberry Farm'. So aku singgah le sekejap..

Pokok & buah strawberry, eemm... geramnya..



Antara produk kopi & teh berperisa strawberry berjenama Genting


Bergambar di pintu masuk ladang strawberry


Di dalam ladang strawberry

Strawberry di sini tak jauh bezanya dengan di Cameron, rasanyapun sedap jugak. Tapi harganya jauh lebih mahal dari di Cameron.









20 Disember 2010

Lepak-lepak @ Genting Highland



 Harga untuk memasuki taman tema genting, mahal...
tapi best...

Dalam First World, banyak gerai cenderahati

Ramainya orang di Indoor Theme Park

Cuaca di luar sejuk dan berkabus. Outdoor Theme Park tetap
beroperasi seperti biasa


 Di luar berkabus, walaupun tengahari...

 Sejuk gilerr...

 Terkono... segelas teh tarik  RM5

Dari pagi sampai ke petang begini le cuacanya berkabus dan tidak pula hujan.

10 Disember 2010

Hukuman Zina

Di Dubai, satu pasangan yang didapati berzina dan telah dijatuhkan hukuman sebat 100 kali oleh mahkamah syariah di Emiriyah Arab Bersatu.

Pesalah yang telah kena hukuman sebat
 
Di Malaysia begitu banyak kes penzinaan berlaku dan didakwa di mahkamah syariah. Hukumannya hanya bayar denda sahaja itupun tidak melebihi 3K. Tidak menjadi masalah nak membayarnya apatah lagi bagi orang yang banyak duit. Undang-undang negara kita hanya nak dapatkan duit dan bukannya nak menegakkan hukum Allah lantas mencegah dari berlaku. Lihatlah sekarang ramai pasangan terutama remaja melakukan zina dan ramai yang mengandung dan membuang anak. Dan kerajaan menyediakan tempat bagi mereka yang terlanjur ini, umpama tak kisah dan perkara ini bukan suatu kesalahan besar dalam agama. 
Apa kata negara kita mengikut langkah negara Arab ini...
Zina hukumnya sebat !!
Ya.... sebatttt!!!!




06 Disember 2010

Harga Minyak Naik Lagi

Naik dan naik lagi!! Harga minyak petrol telah naik walaupun baru sahaja dinaikkan pada bulan November lepas.



Harga minyak RON 97 telah dinaikkan sebanyak 15 sen dari RM2.15 kepada RM2.30 seliter.
Harga minyak RON 95 pun turut naik walaupun telah dijanjikan oleh kerajaan tidak akan naik sehingga penghujung tahun ini. Harga minyak RON 95 naik       5 sen dari RM1.85 kepada RM1.90 seliter.
Kenaikkan ini disebabkan oleh kenaikkan harga minyak dunia. Harga minyak RON 97 diapungkan mengikut pasaran minyak semasa dunia tidak seperti harga minyak RON 95 yang dikawal oleh kerajaan (disubsidi katanya..)
Naik 5sen sahaja, tak membeban rakyat (katanya lagi...)
Ye le, naik 5sen seliter tapi kita sekali isi minyak  berapa liter pulak baru penuh tangki dan berapa kali pula sebulan kita isi. Kalau dikalikan sebulan berapa pula harga kenaikkan minyak yang rakyat perlu tanggung.
Namun kenaikkan harga minyak ini tidak dapat dielakkan.
Apa yang pasti harga minyak naik, harga barang-barang lain akan ikut naik jugak...