29 November 2010

Wanita Saman Bapa Di Arab Saudi



Ramai wanita Arab Saudi menyaman bapa atau lelaki yang menjadi penjaga mereka (saudara lelaki terdekat jika bapa sudah meninggal dunia). Ini kerana bapa mereka menolak lamaran perkahwinan daripada golongan lelaki yang menjadi pilihan wanita tersebut. Lantas ramai wanita di Arab Saudi yang masih belum berkahwin walaupun umur mereka sudah meningkat. Di sana kaum wanita dijaga ketat oleh bapa atau penjaga sehingga mereka tidak boleh membeli telepon bimbit tanpa kebenaran daripada bapa atau lelaki yang menjaganya.
Namun kita bersyukur kerana perkara ini tak terjadi di negara kita, Malaysia.
Kaum wanita bebas melakukan apa yang mereka kehendaki sehingga ada yang terlebih bebas....

22 November 2010

Majlis Pertunangan Cik Hayati

Pada tanggal  20.11.2010 yang lalu adalah hari pertunangan adik perempuan aku, Hayati.
Akhirnya.. setelah tunggu berabad-abad lamanya kini selamat dipinang oleh jejaka dari Negeri Sembilan.
Seronoknya dia.....

Cik Hayati.... Rock Ooo....

Barang hantaran dari pihak lelaki, 7 dulang aje..

Balasan dari pihak perempuan, 9 dulang

Amboi! banyaknya duit! Separuh dari wang hantaran, kira jangan tak kira... mak cik oii!!

Tengah hangat berbincang... Panasss!!!


Maka cincin pertunanganpun disarungkan..

Bergambar bersama tunangnya (bakal suaminya, InshaAllah....)




Setelah penat berbincang, maka tibalah masa untuk bersantap..
Moga majlis pertunangan ini akan membawa mereka ke jinjang pelamin..





19 November 2010

Ujian Lesen Vokasional....


Hari aku cuti sebab aku ada ujian lesen vokasional, ambil lesen GDL aje. Ujian dengan JPJ tapi takde gi JPJ cuma kat Perfect Driving School aje di Puchong Prima. Janji masa ujian 8.30pg, tapi tunggulah punya tunggu hingga pukul 9.00am pun orang JPJ tak sampai lagi. Biasa le orang gomen, suka hati diaorang aje. Dah le aku ni berdebar-debar takut tak lulus. Pukul 9.15am baru muncul dengan muka selamba aje...
Masa diberi 1jam sahaja untuk jawab 50 soalan dan markah lulus adalah 42, maknanya 8 sahaja yang boleh salah. Kalau lebih sendiri mau ingat le..
Akhirnya aku lulus dengan cemerlang Alhamdulillah...(48/50)
Boleh le aku bawak van syarikat aku sendiri dan tak perlu lagi upah orang lain.
Yahooo......

18 November 2010

Raya Haji/ Korban @ Yang berkorban dan terkorban

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali Raya Haji atau Korban, ramai yang mengambil peluang membuat amal abadat. Yang pergi haji di Mekah sibuk dengan amalnya di sana, melontar Jamrah, wukuf di Arafah dan tawaf di Kaabah. Bagi yang tak pergi haji sibuk pula dengan urusan membuat amalan korban. Yang membuat korban/berkorban tu kitalah orang Islam bagi yang berhajat dan mampu.
Tapi yang kena korban tu... lembu, kerbau atau
kambing le...

Menarik untuk merebahkan lembu tersebut


Setelah rebah, yang membuat korban akan melihat lembu tersebut serta membuat niat amalan mereka sebelum disembelih


Operasi menyembelih dijalankan oleh tukang sembelih yang mahir. Bukan calang-calang orang boleh
sembelih ni..


 Operasi melapah dimulakan


Daging-daging akan dipotong dan sebelum diagih-agihkan pada
orang Islam setempat.





16 November 2010

Cuti-Cuti Famili @ Cosmo's World

Cosmo' World Theme Park terletak di dalam Berjaya Times Squre Kuala Lumpur. Ia taman tema dalam bagunan yang terbesar di Malaysia.

Anak bapak, puteri hatiku....

Ini lak, putera hatiku...



Memang cantik dan menarik, lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak. Mana ke tidaknya, harganya pun..
Dewasa = RM37
Kanak-kanak = RM27
(Harga untuk hujung minggu dan cuti umum)

Cuba nak tunjuk bakat yang tak seberapa. Hentam saje le.....



04 November 2010

Sunway Family Day @ Sunway Lagoon





Seperti tiap-tiap tahun Sunway Group akan mengadakan Family Day untuk pekerja-pekerjanya. Dan tiap-tiap tahun juga le family day ini diadakan di Sunway Lagoon. Dah naik boring aku dibuatnya. Tapi bagi anak-anak aku dan bebudak yang lain inilah masa yang ditunggu....

 Tak reti sejuk betul budak ni, dah menggeletar tu...

Belon dilepaskan tanda bermulanya Sunway Family Day..
Tak ada keje lain budak ni. Banyak lagi benda lain yang boleh main, pasir jugak yang dimainnya..

Yahoooo...  seronoknya!!

 Senyum... seronok sangat le tu..