27 Ogos 2010

Permata Ramadhan

"Seseorang lelaki yang bersolat (terawih) bersama imam sehingga imam itu pulang (selesai mengerjakan solat), ia dikira telah bangun (beribadat) keseluruhan malam."
-Sabda Nabi Muhammad S.A.W



Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak.
Doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa, imam (penguasa) yang adil dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Aku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
-Hadis riwayat Abu Hurairah.

21 Ogos 2010

Pulau Sibu - Johor

Destinasi percutian aku yang terbaru ( sebelum puasa) ialah Pulau Sibu. Kat Johor ye bukannya kat Sarawak, itulah ramai yang buat tanggapan bila aku sebut 'Sibu' ni termasukle aku pada mulanya dulu.
Melalui lebuhraya utara-selatan, keluar kat Masai dan menuju ke Kota Tinggi. Lepas tu melalui Felda Tenggaruh sehingga sampai ke Tanjung Leman.
Terminal Jeti Tunjuk Laut di Tanjung Leman

Ini le jetinya, kecil aje..

Sampai di Sibu Islan Resort. Pulau persendirian katanya, milik resort ini sebab pulau ini kecil dan hanya ada resort ini saje.

Ketibaan disambut dengan nyanyian kumpulan ini (entah tak tahu nama kumpulannya). Best jugak dia orang nyanyi.

Kolam renang mengamit ketibaan. Tak sabar rasanya nak terjun....

Ini le bilik aku. Serindit Suite, antara bilik yang terbaik (mahal kot) kat tempat ini.

Pantainya yang sungguh cantik dan mendamaikan jiwa...

Mini zoo pun ada di sekitar resort ini.

Ini yang menariknya. Rusa-rusa bebas berkeliaran di sekitar resort. Rasa cam nak tangkap and buat rusa panggang, best tu!

Antara aktiviti-aktiviti, pertama kali aku belajar memanah. Nampak macam senang tapi susah jugak, banyak yang tersasar!

Naik banana boat, mahal giler.. seorang RM25, tapi belasah jugak! Nak enjoy katakan...

Jungle traking, terpaksa melepasi bukit ini. Semput jugak...

Berbaloi.. panoramanya memang indah.

Yang paling aku suka, snookling..

Singgah jap kat Pulau Kukup sambil snookling

Atas boat nak balik ke resort

Senamrobik petang hari, poco-poco pun ada...

Masa yang dinanti-nanti, makan time...

Best makanan kat sini, pelbagai menu. Kambing panggang tidak ketinggalan.

Percutian 3H2M, sekejap je dah nak balik. Memang best bercuti di sini. Resort dan layanan memang best. 
Jumpa lagi di percutian yang akan datang.....

Permata Ramadhan

"Bukanlah berpuasa itu menahan diri daripada makan dan minum sahaja, akan tetapi berpuasa itu juga menahan diri daripada berkata-kata dengan perkataan-perkataan yang kotor dan kata-kata kesat"
- Sabda Nabi Muhammad S.A.W



08 Ogos 2010

Gotong-Royong Surau An-Nur

Hari ini aku join gotong-royong kat surau di taman rumah aku. Surau An-Nur di Bandar Saujana Putra. Gotong-royang ini bagi membersihkan surau bagi menyambut bulan Ramadhan yang akan tiba nanti. Penat tak terkira kerana dah lama aku tak koje teruk camni. Walaupun penduduk Islam agak ramai, tapi ini sajelah yang tampil meringankan tangan.

Yang bagusnya, ada beberapa orang yang sponser untuk menambahbaikkan surau ini. Ada yang sponser tikar, karpet dan yang paling best seorang hamba Allah tu sponser air cond. Sekarang surau ini sudah ada air cond di bahagian muslimin dan muslimah. Selesa... terimakasih pada yang menderma. Diharap terawih nanti ramai le yang datang..  InshaAllah!

07 Ogos 2010

Kemalangan - Salah siapa...



Kemalangan ini berlaku di jalan Batu Tiga Lama dekat Shah Alam. Membabitkan kereta kawan aku yang dalam perjalanan balik kerja. Bertembung dengan kereta kancil yang membuat pusingan 'u' di double line.

Inilah kereta kancil tersebut, pemandu seorang wanita lak tu. Kerana pentingkan diri sendiri, telah menyebabkan kemalangan dan menyusahkan orang lain. Tapi syukurlah tiada sesiapa yang tercedera.
Ini salah atau kecuaian manusia sendiri dan bukannya disebabkan benda lain.


01 Ogos 2010

Kemalangan - Antara penyebabnya....



Kemalangan ngeri, yang selalu diperkatakan adalah penyebabnya. Ada yang kecuaian pemandu, masalah teknikal kenderaan dan ada yang menyalahkan jalan-jalanraya. Tapi gambar di atas akan memberi kita satu lagi penyebab kenapa kemalangan itu terjadi.Gangguan para normal, bahasa kasarnya hantu le.. Itu yang jarang diperkatakan apabila berlakunya kemalangan. Apakah ini satu kenyataan atau cerita yang dibuat-buat. Sama-sama le kita fikirkan...
Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri......