22 Julai 2010

Birthday Iqa .. sempoi aje...


Kek birthday anak aku, Amirah Murfiqah yang ke 6 tahun. Tarikh lahir pada 15/7 tapi buat majlis ini lambat sikit atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Sedih juga bagi aku disaat anakku sambut birthday cam ni, aku pula kena kerja. On call da...  apa nak buat kerja jugak la, tanggungjawab...


Birthday girl.... Puteri hatiku..

Ha ni... leka bercakap, kek dah nak terbakar tu! Apa tunggu lagi, hembus le! Tunggu aku, balik lambat lagi..
Silap haribulan makan kek hangus le jawabnya..

Ni siapa punya birthday ni..  ramainya yang hendak potong! Sian anak aku kena buli. Mentang-mentang le bapaknya tak ada. Siap kau orang! Nanti aku jentik telinga...


Sesi bergambar dengan sepupunya dan anak jiran.


Berkaraoke pulak dah!!  Meletup satu taman dengar.. Ada yang nak masuk bintang kecil, ada yang nak masuk AF, ada yang nak masuk mentor, ada pula yang kata nak masuk jangan lupa lirik... nak dapat 1juta. Boleh ke? Jangan harap le, dia orang nak bagi 1juta.











12 Julai 2010

Mee Banjir Udang - Kuala Sepetang

Kuala Sepetang suatu ketika dulu amat terkenal dengan mee udangnya. Hinggakan menjadi bualan orang setelah cerita mengenainya keluar di TV. Lupa rancangan apa dan saluran berapa. Tapi selepas itu, gerai mee udang di kuala sepetang menjadi tumpuan orang ramai. Cara pergi ke sana yang aku tahu melalui highway utara selatan dan keluar ke susur Changkat Jering.

Lepas itu, ikut saje papan tanda ke Kuala Sepetang. Sepanjang perjalanan ke sana, kita akan jumpa beberapa warong mee udang termasuklah warong Mak Teh...


Warong Mak Teh menjadi tumpuan kerana di sinilah rancangan tv itu dirakamkan. Tapi kini banyak warung mee banjir yang ada di sana macam cendawan tumbuh.

Ini dia mee banjir udang... memang banjir dengan udang!
Penuh dengan udang, memang menyelerakan..

Apa lagi ... dah di depan mata, bedal aje le...

10 Julai 2010

Menu Makan Malam Hari Ini


Malam ini aku bawa famili ronda-ronda and shoping. Perut lapar dan berkeroncong, so aku pun tercari-cari tempat makan. Maka aku tertarik pada satu kedai... ini dia, Josh & Jana's.




Chicken chop pilihan aku, makanan orang putih.  Nampak simple aje tapi rasa ..ok le boleh tahan. Licin aku bedal, perut lapar le katakan.

Ini fish n chip, menu untuk anak aku. Emmm... licin. Lapar macam aku  jugak.


Tapi orang rumah aku....  mee kari aje.
Oh ya.. kedai ini letaknya di dalam Giant Putra Height. Datang le.. servisnya pun ok. Promo lak...

09 Julai 2010

Melaka - Family Trip Kelab sukan KSPP




Bas rombangan ke Melaka


di dalam Taman Mini Malaysia


di hadapan pintu masuk Mini Malaysia


Zoo Malam Melaka
Sayang sekali... binatang banyak yang dah tido. Ngantuk sangat agaknya...


di dataran Air Keroh

di Kota A'Famosa





Beca .. memang cantik tapi untuk naik ronda bayarannya mahal. Tak berbaloi!


Kolam renang D'Village Resort
Berendam sampai kecut...


Peace.....  anakku and the gangs


di dataran Alor Gajah
besarnya keris ! kalau kecil boleh bawa balik..

05 Julai 2010

Cameron Highland - Damai di celah kesibukan



Cameron Highland, tanah tinggi yang terletak di negeri Pahang walaupun jalan masuknya melalui negeri Perak iaitu Tapah atau Simpang Pulai. Cuaca yang sejuk dan udaranya yang nyaman menarik ramai pengunjung yang datang ke sini. Begitu juga aku yang hampir setiap tahun aku ke sini. Memang terasa perbezaan ketika dulu dan kini. Dulu cuacanya amat sejuk, pemandangan gunung yang menghijau, udara yang nyaman dan tiada kesibukan sehingga memberi ketenangan jiwa. Tapi kini, cuacanya telah kurang sejuk sehingga tak payah lagi pakai baju sejuk. Gunung hilang kehijauannya apabila puncaknya ditarah dan digondolkan untuk dibuat kebun-kebun sayur, buah-buahan dan hotel. Kalau di pekan terutama Tanah Rata dan Berinchang tidak lagi senyaman dulu, asap kenderaan menyesakkan dada. Manusia terus rakus entah sampai bila Cameron Highlang boleh bertahan... Mungkin generasi akan datang tidak dapat merasa apa yang kita rasai di Cameron Highland...



Kebun Strawberi

di hadapan kilang teh

di antara taman bunga

di kebun sayur

di taman lebah

ketika pergi bersama keluarga

gerai cenderahati

keluarga joefinger dan assoyfinger





03 Julai 2010

BBQ - Perjumpaan keluarga



Pada malam minggu yang lepas, aku adakan BBQ kat rumah aku. Permintaan dari adik-beradik aku. Dah lama plan tapi maklum le masing-masing ada hal bila aku bagi tarikhnya. Tapi akhirnya berjaya juga walaupun aku terpaksa koje pada esok harinya.



Selepas maghrib, program BBQ aku pun bermula.

Yang ini, abang dan adik aku. Orang kuat untuk BBQ ini. Bersemangat betul mereka.


Nasib baik juga ramai yang membantu (ringan tangan). So aku jadi tuan rumah rilex aje.... keluar modal!


Antara yang dibakar.. udang, ayam, kerang...


ikan, daging, sotong.....


udang memang wajib bila buat BBQ. Uuuuummmm!!... menyelerakan..


Kaum wanita dan ibu-ibu, makan aje kojenya. Ngumpat le tu.. he..he..he..
Tapi tak apa, bila selesai koje mereka kemas dan basuh segalanya.
Seronok bila ada aktiviti keluarga macam ni. Terasa nak buat lagi tapi tuan rumahnya orang lain pula lak.